Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
57) RUMAH THE GAP BUKIT FRASER
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status baik pulih Rumah The Gap Bukit Fraser selepas lawatan YAB Menteri Besar dan YB Menteri Pelancongan pada bulan Ogos 2015.
Pihak Tourism Selangor bersama Majlis Daerah Hulu Selangor dalam proses melengkapkan dokumen permohonan peruntukan dan akan mengemukakan kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam waktu terdekat.
Sehubungan dengan itu Tourism Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor, dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan pertemuan rasmi bersama dengan pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 2 Oktober 2015 dan membuat pembentangan terhadap permohonan peruntukan pembangunan produk pelancongan yang terdapat di daerah Hulu Selangor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Prasarana, Kementerian Pelancongan Malaysia. Berikut adalah permohonan peruntukan pembangunan produk pelancongan di daerah Hulu Selangor:
Bil.
Permohonan Projek Pembangunan
Jumlah Peruntukan ( RM )
1.
Menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat
3,058,000.00
2.
Menaiktaraf Rumah Rehat The Gap
7,007,000.00
3.
Penyediaan Kemudahan Pelancongan Di Hutan Pendidikan ( Taman Millenium ) , Bukit Batu Pahat , Hulu Selangor
1,357,000.00
4.
Menaiktaraf Labour Lines , Bukit Fraser
330,000.00
5.
Penyediaan Kemudahan Di Lokasi Bersejarah Darurat Sir Henry Gurney
500,000.00
6.
Menaiktaraf Dan Penyediaan Kemudahan
( TIC ) Bangunan Balai Bomba Lama , Kuala Kubu Bharu
2,727,000.00
7.
Menaiktraf Bandar Kuala Kubu Bharu Sebagai Warisan Bandar Taman
660,000.00
8.
Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan Di Bukit Kutu , Hulu Selangor
1,520,000.00
9.
Menaiktaraf Pusat Konservasi Sungai Dusun , Hulu Selangor
2,992,000.00
Jumlah
20,151,000.00
Walau bagaimanapun setelah pembentangan dibuat pihak Kementerian Pelancongan dan kebudayaan membuat kesimpulan bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan lima (5) permohonan peruntukan terhadap produk pelancongan yang amat berpotensi untuk menarik pelancong yang lebih ramai termasuk pelancong luar negara . Ianya perlu dikemukakan semula kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi tujuan penilaian semula. Perbentangan kedua akan dibuat semula bersama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam waktu terdekat.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mewartakan Rumah The Gap sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan kebangsaan?
Majlis Daerah Hulu Selangor selaku Pihak Berkuasa Tempatan kawasan ini akan mengemukakan permohonan penwartaan Rumah Rehat The Gap sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan kepada Jabatan Warisan Negara, namun setelah selesai kerja-kerja konservasi dan pemuliharaan selesai dijalankan seperti syarat yang dinyatakan oleh Jabatan Warisan