Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
52) RUMAH TERBIAR DI BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap rumah tanpa penghuni dan usang tersebut?
Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap rumah tanpa penghuni dan usang di kawasan tersebut dengan mewujudkan suatu tarikan agar pemilik atau penyewa berminat untuk menetap di Bukit Beruntung. Antaranya :-
i) Melaksanakan cadangan yang telah pun diluluskan oleh EXCO terdahulu
untuk memindahkan Ibu pejabat Daerah Hulu Selangor ke Bukit
Beruntung di mana peruntukannya adalah sebanyak RM 16.5 juta dan
lukisan teknikal telah disediakan.ii) Menubuhkan sekurang-kurangnya 1 Fakulti Kejuruteraan Automotif
UNISEL dan Institusi Vokasional Automotif di Bukit Beruntung selaras
dengan kedudukannya yang berhampiran kilang kenderaan PERODUA
dan NISSANTAN CHONG. -
Berapakah kerugian cukai yang tidak dapat dipungut oleh pihak PBT?
MDHS mengalami kerugian cukai berjumlah RM 6,969,755.95 setahun. Jumlah tunggakan cukai yang disumbangkan oleh pegangan kosong sehingga 31 Dis 2007 berjumlah RM 27,813,291.10
-
Data bilangan rumah usang dan terbiar di kedua-dua bandar ini?
MDHS mempunyai sejumlah 33,360 buah pegangan kosong. Jumlah
keseluruhan pegangan MDHS berjumlah 81,844 unit. (40%)