Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
48) RUMAH TERBIAR DAN TIDAK BERPENGHUNI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Rumah terbiar ("abandoned houses") adalah isu berbangkit bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tanggungjawab PBT terhad kepada pembersihan dan pemotongan rumput yang berkala. Berapakah bilangan rumah terbiar yang dilaporkan oleh semua PBT Selangor?
Bilangan rumah terbiar yang dilaporkan oleh PBT adalah sebanyak 4907 Berikut adalah perincian jumlah rumah terbiar mengikut PBT masing-masing.
Jadual 1: Jumlah bilangan rumah terbiar yang dilaporkan mengikut PBT
PBT JUMLAH BILANGAN RUMAH TERBIAR YANG DILAPORKAN
MBSA 1995 MBPJ 178 MPK 114 MPAJ 360 PBT JUMLAH BILANGAN RUMAH TERBIAR YANG DILAPORKAN
MPSJ 568 MPS 190 MPKj 119 MPSp 152 MDKL 988 MDHS 63 MDKS 150 MDSB 30 JUMLAH 4907 Nota: Sumber data daripada PBT
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini?
Kerajaan Negeri melalui PBT menjalankan penguatkuasaan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan dikeluarkan kepada pemilik / pemunya untuk membersihkan kawasan mereka. Sekiranya ingkar notis, kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan oleh PBT dan segala kos yang terlibat akan dituntut daripada pemilik. Bagi pendekatan jangka pendek, PBT menjadikan amalan kerja membersihkan rumput dan semak samun di rumah-rumah kosong yang terbiar dan terbengkalai sebanyak dua (2) kali dalam tempoh setahun bagi mengelakkan kacaugangu di kawasan perumahan tersebut.