Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

288) RUMAH TERBIAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan setakat ini terhadap rumah terbiar di 1283 Jln 17/31 Petaling Jaya?

    Ini merupakan rumah terbiar yang tidak dihuni dan dalam keadaan kerosakan yang teruk. Pemilik rumah ini melakukans endiri kerja-kerja pemotongan rumput secara berkalar atau setelah menerima notis arahan pemotongan rumput daripada majlis.

  2. Apakah tindakan susulan supaya masalah ini diatasi?

    Bagi kes-kes yang ingkar mematuhi notis arahan pemotongan rumput di bawah undang-undang kecil mencegah kekotoran (MBPJ) 1999 dan di bawah seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1974, Setakat ini sebanyak 6 kes telah di dakwa dijatuhkan hukuman di bawah seksyen ini. Bagi pemilik yang tidak dapat di kesan Majlis akan melakukan kerja-kerja pemotongan rumput untuk mengatasi masalah ini.

  3. Adakah Kerajaan bercadang untuk merampas tanah ini kerana terbiar untuk lebih 5 tahun?

    Sebanyak 13 rumah/lot tanah terbiar yang tidak dapat di kesan pemilik telah dihantar ke Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk tindakan rampasan atau lain tindakan dalam bidang kuasa Pejabat Tanah Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.