Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

25) RUMAH TERBIAR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan rumah terbiar (struktur, bukan kebersihan) yang telah dan belum diambil tindakan oleh MBPJ dalam tahun 2013?

    Sebanyak 55 buah unit rumah terbiar masih belum diambil tindakan dari segi meroboh bangunan Walau bagaimanapun aktiviti pembersihan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran secara berterusan. Sebanyak 5 unit rumah terbiar telah dirobohkan oleh pemilik pada 2013 secara sukarela.

  2. Berapakah bilangan aduan keseluruhannya di DUN Bukit Gasing, mengikut seksyen?

    Terdapat 12 buah rumah terbiar di DUN Bukit Gasing yang dikenal pasti keutuhan strukturnya tidak berada dalam keadaan baik, berikut adalah pecahan mengikut Seksyen:

    BIL SEKSYEN JUMLAH
    1 1A 2
    2 1 6
    3 2 3
    4 12 1

Lampiran

Tiada Lampiran.