Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
229) RUMAH TERBIAR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa kerajaan negeri tidak merampas tanah rumah terbiar di 20, Jalan 14/3, Petaling Jaya sepertimana surat Ahli MMKN Kerajaan Tempatan kepada Pegawai Daerah Petaling bertarikh 9 Mac 2016?
Pemantauan rumah no 20 Jalan 14/3 mendapati pemilik melakukan pembersihan sendiri, pemilik premis memasang pagar sink di hadapan rumah dan bahagian bumbung bersebelahan jiran telah dipecahkan supaya tidak menggangu jiran.
-
Adakah kerajaan negeri telah membatalkan hak milik tanah rumah terbiar di Negeri Selangor
Surat dihantar kepada Pegawai Daearah Petaling bertarikh 9 Mac 2016. Dalam hal ini PBT tiada kuasa untuk merampas tanah/rumah terbiar. PBT hanya membuat kerja-kerja pembersihan dan potongan rumput di dalam lot terbiar bagi mengelakkan kacau ganggu.