Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

26) RUMAH TERBENGKALAI/ PROJEK SAKIT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan terhadap pemaju-pemaju yang terlibat dengan projek perumahan yang terbengkalai?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan ke atas pemaju bermasalah dengan mendapatkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah tersebut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Melalui sistem pendaftaran pemaju (SPEM) di LPHS, pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT. Sekiranya dikenalpasti nama-nama pemaju terlibat telah disenaraihitamkan maka pemaju tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer sahaja di bawah nama syarikat pemaju lain.

  2. Apakah statistik berkenaan projek rumah yang terbengkalai mengikut daerah?

    Untuk makluman Yang Berhormat berikut merupakan statistik projek terbengkalai mengikut daerah :

     

    BIL. DAERAH PBT JUMLAH PROJEK JUMLAH UNIT
    1. Petaling MBSA 9 1,445
    MBPJ 3 1,003
    MBSJ 5 3,123
    2. Klang MPK 43 5,365
    MBSA 8 578
    3. Hulu Langat MPAJ 1 207
    MPKj 19 4,781
    4. Gombak MPAJ 2 1,473
    MPS 18 6,319
    5. Sepang MPSP 14 2,449
    6. Kuala Langat MPKL 30 1,162
    7. Kuala Selangor MPKS 10 2,542
    8. Hulu Selangor MPHS 13 5,508
    9. Sabak Bernam MDSB 1 30
    JUMLAH 176 35,995

Lampiran

Tiada Lampiran.