Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

200) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah rumah terbengkalai di DUN Meru, berapakah projek yang telah di selesaikan setakat ini?

    Sehingga Februari 2012 masih belum ada projek di Meru yang telah diselesaikan. Namun demikian,  terdapat sebanyak 8 projek terbengkalai yang telah dikenal pasti untuk dipulihkan di bawah DUN Meru yang melibatkan 1,131 unit. Senarai dan prestasi pemulihan projek terbengkalai seperti berikut:

                   
    BIL NAMA PROJEK   PEMAJU   UNIT
               
    1. Cadangan Pembangunan

    Bercampur Kawasan Industri @

    Industri Ringan di Lot 7215 Mukim

    Kapar, Klang

    Pemaju: Tiara Etika Development (M) Sdn. Bhd.

    Pemaju Baru:

    Fabrina Sdn. Bhd.

    783 unit
    2. Projek Perumahan Rumah Teres

    Satu Tingkat, Taman Sri Kencana, GM 3850 Lot 2757, Mukim Kapar, Daerah Klang.

    Pemaju Asal: Hyrax Property & Development Sdn. Bhd.

    Pemaju Baru: Binalif Bina Sdn.

    Bhd.

    Pemaju Penyelamat: Sama Sejati Sdn. Bhd.

    35 Unit

     

                   
    BIL NAMA PROJEK   PEMAJU   UNIT
               
    3. Projek Perumahan Bagi

    Pembinaan Rumah Berkembar 1

    Tingkat Diatas GM 64, Lot 3756, Jalan Kopi, Taman Meru 1,

    Mukim Kapar, Daerah Klang.

      Pemaju Asal : Hyrax Property & Development Sdn. Bhd.

    Pemaju Baru : Binalif Bina Sdn.

    Bhd.

    Pemaju Penyelamat: Sama Sejati Sdn. Bhd.

    24 Unit
    4. Cadangan Membina Rumah

    Teres 1 Tingkat di atas PT 48173

    – PT 48210 dan 1 Pencawang

    Elektrik di atas PT 48212 di atas

    Lot 3750, Jalan Jambu Air 24/KU

    10, Taman Meru Ria 2 (KU 10),

    Meru, Mukim Kapar, Klang

      Pemaju Asal : Hyrax Property & Development Sdn. Bhd.

    Pemaju Baru : Binalif Bina Sdn. Bhd.

    Pemaju Penyelamat: Sama Sejati Sdn. Bhd.

    38 Unit
    5. Cadangan Mendirikan Rumah

    Deret 1 Tingkat di atas Lot 13567 13568, 13569,13570, 13571 hingga 13579, Taman Bukit

    Kapar, Klang

    , Pemaju : Decor Mewah Sdn. Bhd. 13 Unit
    6. Cadangan Membina Rumah

    Teres 2 Tingkat, Jalan Pasar malam, Bukit Kapar, Klang

      Pemaju : Atlaw Housing Sdn. Bhd. 30 Unit
    7. Projek Perumahan 12 Unit, Jalan

    Dusun Meru, di bawah Hakmilik

    No. EMR 4548, No. Lot 2754,

    Mukim Kapar, Daerah Klang

      Pemaju : Ikhtiar Corporation Sdn. Bhd. 54 Unit
                   
    BIL NAMA PROJEK   PEMAJU   UNIT
               
    8. Projek Perumahan Taman

    Cahaya, Batu 5 1/2, Jalan Meru

    Di Atas EMR No 3469, Lot 2129,

    Mukim Kapar, Klang

    Pemaju : Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. 154 Unit
  2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli dan kontraktor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli dan kontraktor adalah seperti:

    Masalah Pembeli

    1. Bebanan hutang bank
    2. Disenaraihitamkan oleh pihak bank dan diisytiharkan muflis serta berhadapan dengan implikasi perundangan
    3. Menanggung kos sewaan untuk rumah yang diduduki
    4. Tidak dapat memiliki rumah yang dibeli walaupun telah membuat bayaran ke atas pembelian rumah tersebut
    5. Tidak berpeluang membeli rumah lain kerana semua simpanan telah dilaburkan untuk membeli rumah yang terbengkalai di samping pinjaman seterusnya dengan pihak bank ditolakMasalah kontraktor
    6. Bayaran untuk kerja-kerja yang telah dijalankan tidak dibayar ii) Bayaran gaji pekerja tidak dapat dijelaskan
    7. Hutang dengan pihak syarikat pembekal bagi bahan-bahan binaan semakin bertambah
    8. Reputasi syarikat terjejas
    9. Akhirnya terdapat syarikat kontraktor digulung kerana tidak berkeupayaan untuk membayar semua hutang

Lampiran

Tiada Lampiran.