Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
81) RUMAH SMART SEWA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan unit rumah Smart Sewa diseluruh Negeri Selangor? sila nyatakan mengikut DUN atau daerah
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 983 unit rumah Skim ‘Smart Sewa’ di seluruh Negeri Selangor yang sedang dilaksanakan setakat ini.
(i) Senarai projek Skim ‘Smart Sewa’ yang telah siap mengikut daerah dan telah disewakan adalah seperti berikut:
Bil.
Projek
Daerah
Bil Unit
1.
Pangsapuri Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam
Petaling
5
2.
Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam
Petaling
41
3.
Pangsapuri Taman Damai Utama, Kinrara-Puchong
Petaling
110
4.
Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar
Klang
64
5.
Pangsapuri Arista, Bandar Parklands
Klang
11
6
Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands
Klang
50
7
Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands
Klang
50
8.
Bandar Seri Coalfields, Ijok
Kuala Selangor
10
Jumlah
341
(ii) Pada Mac 2019, sebanyak 101 unit telah disiapkan mengikut daerah dan akan dibuka permohonan kepada orang awam seperti berikut :
Bil.
Projek
Daerah
Bil Unit
1.
Pangsapuri De Kiara, Setia Alam
Petaling
30
2.
Pangsapuri Seroja, Setia Alam
Petaling
11
3.
Apartment Trifolis, Bukit Tinggi
Klang
30
4
Pangsapuri Taming Mutiara, Cheras
Hulu Langat
30
Jumlah
101
(iii) Manakala senarai projek Skim Smart Sewa yang dalam proses untuk pemilikan dan status projek masih dalam pembinaan sebanyak 541 unit dan dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2019 hingga 2020 mengikut daerah seperti berikut:
Bil.
Projek
Daerah
Bil Unit
1.
Taman Puchong Utama Jenis B, Puchong
Petaling
30
2.
Taman Puchong Utama Jenis C, Puchong
Petaling
30
3.
Pangsapuri Seri Akasia, Puchong
Petaling
30
4.
Pangsapuri De Bayu, Setia Alam
Petaling
30
5.
Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights
Petaling
30
6.
Bandar Bukit Raja Fasa 17B, Bukit Raja
Klang
50
7.
Emira @ TTDI Grove, Kajang
Hulu Langat
10
8.
Jade Hills Jenis A, Kajang
Hulu Langat
10
9.
Jade Hills Jenis B, Kajang
Hulu Langat
10
10.
Jade Hills Jenis C, Kajang
Hulu Langat
10
11.
Jade Hills Jenis D, Kajang
Hulu Langat
30
12.
Apartment Simfoni, Semenyih
Hulu Langat
17
13.
Rumah Bandar, Kota Puteri
Gombak
20
14.
Bukit Rahman Putra, Jenis A
Gombak
180
15.
Pangsapuri Alpinia, Dengkil
Sepang
50
16.
Antara Gapi, Serendah
Hulu Selangor
4
Jumlah
541 -
Apakah masa depan kepada penyewa rumah Smart Selangor ini selepas tempoh 5 tahun?
Penyewaan rumah Skim Smart Sewa selepas tempoh 5 tahun tamat kontrak sewaan, penyewa akan diberikan pemulangan sewaan bersih sebanyak 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar dan boleh digunakan sebagai deposit pembelian rumah akan datang. Sehubungan dengan itu, Kerajan Negeri melalui LPHS akan memberikan keutamaan penawaran kepada pemohon berkenaan untuk ditawarkan mana-mana projek Rumah Selangorku sedia ada sekiranya terdapat kekosongan unit dengan pemohon memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Akhirnya, ianya membantu pemohon berkenaan untuk memiliki kediaman mereka sendiri tanpa perlu menyewa lagi pada masa akan datang.