Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

34) RUMAH SELANGORKU YANG SIAP

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan Rumah Selangorku yang telah diserah kunci kepada pemilik pada 2018 dan 2019.

    Untuk pengetahuan Yang Berhomat, sebanyak 5,862 unit dengan 15 projek yang telah disiapkan dari tahun 2018 sehingga 30 Jun 2019. Daripada jumlah tersebut, bilangan Rumah Selangorku yang siap dan diserahkan kunci pada tahun 2018 adalah sebanyak 4,652 unit dengan 12 projek manakala bagi tahun 2019 adalah sebanyak 1,210 unit dengan 3 projek. Berikut merupakan jadual perincian projek yang siap dan diserahkan kunci mengikut tahun:-

     

    Bil Pemaju Jumlah Unit
    Projek Siap Tahun 2018
    1 Seristana Sdn. Bhd. 213
    2 Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. (SP Setia Berhad) DE KIARA 737
    3 Gemilang Waras Sdn. Bhd. (WCT Holdings Berhad) 1H TRIFOLIS 372
    4 Gabungan Efektif Sdn. Bhd. (WCT Holdings Berhad) 321
    5 Gabungan Efektif Sdn. Bhd. (WCT Holdings Berhad) 240
    6 PKNS Antara Gapi Bandar FASA 1D Sg Chik 80
    7 NPO Development Sdn. Bhd. 12
    8 Luxhome Property Sdn. Bhd 144
    9 Agenda Istimewa Sdn. Bhd. Villa Kesuma 760
    10 Tanming Raya Sdn. Bhd. Pangsapuri Tanming Mutiara 173
    11 Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. (SP Setia Berhad) DE PALMA 730
    12 Eco Majestic Sdn. Bhd. (Eco World Dev. Berhad) 870
    A)   Jumlah 4,652

     

     

    Bil Pemaju Jumlah Unit
    Projek Siap Tahun 2019
    1 Hap Seng Land Dev. (Puchong) Sdn. Bhd. 472
    2 Jade Homes Sdn. Bhd. (Gamuda Land Berhad) 714
    3 Seri Nova Development Sdn Bhd 24
    B)   Jumlah 1,210
    JUMLAH KESELURHAN (A+B) 5,862
  2. Nyatakan bilangan Rumah Selangorku yang dijangka siap untuk diduduki pada 2019, 2020, 2021 dan 2022.

    Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan Rumah Selangorku yang dijangka siap dan boleh diduduki sehingga akhir tahun 2019 adalah sebanyak 6,310 unit dengan 14 projek. Bagi tahun 2020 adalah sebanyak 6,141 unit dengan 16 projek manakala bagi tahun 2021 adalah sebanyak 6,452 unit dengan 14 projek. Bagi tahun 2022 pula, jumlah yang disasarkan adalah sebanyak 5,892 unit dengan 10 projek. Kesemua 20,209 unit dengan 48 projek ini kini telahpun memulakan kerja pembinaan ditapak.

     

    Kerajaan Negeri juga turut mensasarkan penambahan sebanyak 4,586 unit dengan 7 projek dalam tempoh masa tersebut agar dapat ditawarkan kepada orang awam. Projek-projek tersebut kini dalam proses mendapatkan kelulusan kebenaran merancang dari Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    Secara keseluruhannya, sebanyak 24,795 unit dengan 55 projek dijangkakan akan siap secara berperingkat sehingga tahun 2022. Perincian jumlah unit yang disasarkan siap mengikut tahun adalah seperti berikut:-

     

    Tahun Sasaran Siap Unit / Projek Dalam Pembinaan Unit / Projek Dalam Perancangan Jumlah Unit / Projek Mengikut Tahun
    2019 6,310

    (14)

    7,520

    (14)

    2020 6,141

    (16)

    6,141

    (16)

    2021 6,452

    (14)

    180

    (1)

    6,452

    (15)

    2022 5,892

    (4)

    4,228

    (6)

    5,892

    (10)

    JUMLAH 20,209

    (48)

    4,586

    (7)

    24,795

    (55)

Lampiran

Tiada Lampiran.