Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
389) RUMAH SELANGORKU DI MORIB
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini Rumah Selangorku di Morib?
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sedang bekerjasama dengan Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk memastikan pihak pemaju meneruskan projek tersebut berdasarkan jadual pelaksanaan kerja yang dikemukakan. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah dibuat di bawah peruntukan Seksyen 10E (1)a) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] untuk hadir di hadapan Pegawai Pemeriksa bagi tujuan siasatan secara lisan berkaitan pemajuan projek perumahan bermasalah yang bersidang pada 13 Jun 2024 melibatkan LPHS dan pihak pemaju Sentoria Harta Sdn. Bhd. dan keputusan mesyuarat adalah seperti berikut :-
- Pihak JPN telah meminta pihak pemaju untuk menyegerakan dan menyiapkan pembangunan perumahan harga bebas Plot M Seroja dan infrastruktur jalan utama terlebih dahulu.
- Kerja-kerja penurapan jalan masuk perlu selesai pada penghujung bulan Julai 2024
- Sekiranya pemajuan Seroja tidak dapat diserahkan pada bulan September, pihak JPN akan mengeluarkan surat arahan melindungi kepentingan pembeli bagi keseluruhan pemajuan untuk beberapa tempoh yang dipersetujui oleh YB Menteri sebelum pemajuan disyorkan untuk terbengkalai.
- Tuan pengerusi mencadangkan setelah pemajuan Seroja memperolehi CCC, pemaju boleh membuat pengeluaran wang lebihan HDA (Peraturan 9) dan seterusnya dapat menyuntik dana penyiapan pemajuan yang lain.
-
Adakah projek ini akan siap sepenuhnya pada bulan Disember 2024 seperti mana yang telah dijanjikan dan serahan kunci akan diberi kepada pemilik rumah tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak pemaju telah memaklumkan kepada Untuk Kerajaan Negeri pada 24 Jun 2024 berkenaan isu yang dihadapi oleh mereka iaitu kekangan dari pihak institusi kewangan iaitu ‘Al Rajhi Banking and Investment Corporation’ Susulan pihak pemaju telah mengambil tindakan dan sewajarnya terhadap perkara ini namun tiada penyelesaiannya lagi berlarutan sehingga kini menyebabkan pihak pemaju tidak dapat menyambung semula pembinaan ini kerana sumber kewangan telah terjejas.
Pihak Kerajaan Negeri kini dalam proses perbincangan dengan pihak Jabatan Perumahan Negara untuk meneliti isu yang dihadapi oleh pemaju dan sekiranya diperlukan akan bertindak sebagai pemudah cara untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dalam memastikan projek ini dapat diteruskan.