Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

24) RUMAH SELANGORKU DI KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan di Negeri Selangor termasuklah di Kajang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Sehingga 15 Oktober 2023, terdapat 422 projek dengan 238,884 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Di Mukim Kajang, terdapat 18 projek dengan 6,019 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh MMKN. Daripada jumlah tersebut, 9 projek dengan 3,206 unit telah siap dibina, 1 projek dengan 119 unit sedang dalam pembinaan dan 8 projek dengan 2,694 unit masih diperingkat perancangan.

  2. Adakah kesemua projek Rumah Selangorku ini telah siap dibina?

    Daripada 18 projek yang telah diluluskan di kawasan Mukim Kajang, sebanyak 9 projek telah siap dibina. Perincian projek yang telah siap bina adalah seperti    berikut :-

     

    BIL NAMA PEMAJU

    LOKASI PROJEK

    BIL UNIT

    1. Global Access Property Development Sdn. Bhd.

    (Trans Loyal)

    Di Atas Hakmilik HS(M) 25626 PT72439 Di Pekan Bangi Lama, Daerah Hulu Langat.

    547

    2. Trans Loyal Development Sdn. Bhd.

    Di Atas Hakmilik Lot 2719 GRN25245 Dan Lot 2720 GRN27487 Di Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat.

    192

    3. Trans Loyal Development Sdn. Bhd.

    Di Atas Lot 43790 GRN 256062, Mukim Kajang,

    Daerah Hulu Langat.

    432

    4. Cheras Hong Soon Development Sdn. Bhd.

    Di Atas Lot 267 GRN 49783 Mukim Kajang,

    Daerah Hulu Langat.

    361

     

    5. Bayu Bakat Sdn. Bhd.
    ASA Management Services Sdn. Bhd.
    (Pangsapuri Seruni)

    Di Lot 1947, PM 136, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat.

    207

    6. Jade Homes Sdn. Bhd. (Gamuda Land Berhad)

    Di Atas Lot PT 71607, PT 71608 Dan PT 71609, Jade Hills, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat.

    714

    7. TPPT Sdn Bhd

    Di Atas Lot 43783, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat.

    57

    8. Prestige Improvement Sdn. Bhd.

    Di Atas Lot 98212, Seksyen 9, Mukim Kajang,

    Daerah Hulu Langat.

    204

    9. Sutera Maya Resources Sdn. Bhd. / Trans Loyal Development Sdn. Bhd.

    Di Atas Lot 44805 (Dahulunya PT 69786), Mukim Kajang,

    Daerah Hulu Langat

    492

    JUMLAH KESELURUHAN UNIT

    3,206

Lampiran

Tiada Lampiran.