Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

28) RUMAH SELANGORKU DI HULU SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek Rumah Selangorku di Hulu Selangor secara terperinci seperti jumlah unit, jenis, harga jualan, tarikh jangkaan siap dan sebagainya

    Berdasarkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dari tahun 2010 sehingga kini terdapat sebanyak 209 unit rumah sedang dibina dan sebanyak 254 unit rumah belum dibina di Hulu Selangor. Perinciannya adalah seperti berikut :-

    • Projek yang sedang dibina oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-
    Bil. PBT Pemaju / Pemaju Usahasama Projek Bil. Unit / Jenis / Harga Jualan Tarikh Sasaran Untuk Siap Dibina
    1. MDHS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di Atas Sebahagian PT1 HS(D) 39397 Seksyen 1D (Fasa 1), Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Daerah Hulu Selangor. 129

    (Jenis D)

     

    (RM250,000)

     

    Dis 2016
    2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di PT 1 Blok 1, Di Seksyen 1, Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Daerah Hulu Selangor. 80

    (Jenis D)

     

    (RM250,000)

     

    2017
    JUMLAH 209  

     

    • Projek yang belum dibina oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-
    Bil. PBT Pemaju / Pemaju Usahasama Projek Bil. Unit / Jenis / Harga Jualan Tarikh Sasaran Untuk Siap Dibina
    1. MDHS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

     

    Ke Atas Hakmilik PN 104069 Lot 18977 Bandar Batang Kali Daerah Hulu Selangor. 65

    (Jenis D)

     

    (RM200,000)

     

    2018
    JUMLAH 65

     

    • Projek yang belum dibina oleh pihak pemaju swasta adalah seperti berikut :-
    Bil. PBT Pemaju / Pemaju Usahasama Projek Bil. Unit / Jenis / Harga Jualan Tarikh Sasaran Untuk Siap Dibina
    1. MDHS Ho Sin & Son Enterprise Sdn. Bhd.

     

    Di Atas Lot 4266 HS(D) 2496, Mukim Batang Kali Daerah Hulu Selangor.

     

    50

    (Jenis B)

    (RM100,000)

     

    53

    (Jenis C)

    (RM200,000)

     

    75

    (Jenis D)

    (RM250,000)

     

    2018
    2. Dato’ Liew Choo

     

    Ke Atas Hakmilik HS(D) 4108 PT 1738, Bandar Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor. 11

    (Jenis C)

     

    (RM200,000)

     

    JUMLAH 189  

     

  2. Adakah pemaju menghadapi masalah jualan Rumah Selangorku di Hulu Selangor memandangkan penduduknya tidak ramai dan peluang pekerjaannya kurang?

    Pemajuan Rumah Mampu Milik atau Rumah Selangorku yang telah siap dibina dan terjual kepada orang awam di bawah pemajuan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melibatkan satu projek sahaja iaitu 129 unit rumah teres di Antara Gapi, Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor. Setakat ini, PKNS tiada menghadapi sebarang masalah jualan Rumah Selangorku kepada orang awam walaupun mendapati penduduknya tidak ramai dan peluang pekerjaannya kurang di kawasan tersebut.

    Pada masa ini, PKNS juga dalam melaksanakan pembinaan projek baru Rumah Selangorku sebanyak 80 unit rumah teres di Antara Gapi dan juga dalam perancangan pembinaan 65 unit rumah teres di Rasa, Hulu Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.