Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
236) RUMAH SELANGORKU DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila menyatakan jumlah unit mengikut spesifikasi size, keluasan rumah harga jualan Rumah Selangorku yang dibina di daerah Kuala Langat.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini masih belum terdapat Rumah Selangorku yang dibina di daerah Kuala Langat. Walau bagaimanapun, terdapat 3 projek Rumah Selangorku yang melibatkan 4,046 unit yang dicadangkan di daerah Kuala Langat dan dijangka akan dimulakan pembinaan pada Disember 2015 dan awal tahun 2016. Perincian cadangan pembangunan Rumah Selangorku di daerah Kuala Langat seperti di Jadual
Jadual 1 : Perincian Projek Pembangunan Rumah Selangorku
Bil.
Pemaju
Lokasi
Rumah Selangorku Luas (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM) 1. Bandar Lot PT 36346 Jenis A 700 330 42,000 Rimbayu Sdn. HS(D) 33613, Jenis B 750 660 100,000 Bhd. Mukim Tanjung Jenis C 800 670 150,000 Dua Belas, Jenis D 1,000 670 220,000 Kuala Langat. Jumlah 2,330 Bil.
Pemaju
Lokasi
Rumah Selangorku Luas (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM) 2. Seribu Baiduri Lot 32884, Jenis C1 800 264 150,000 Sdn. Bhd. (LBS Land
32885 & 62611 (32886),
Jenis C2 900 1,048 180,000 Group) Bandar Saujana Putra, Mukim Tanjung Dua Jumlah 1,312 Belas, Kuala Langat. 3. TS Lot 2507 Jenis C1 750 132 100,000 Development Sdn. Bhd.
(Seluas 8.20 Ekar), Mukim
Jenis C1 900 308 180,000 Bandar, Daerah Jumlah 404 Kuala Langat. Jumlah Keseluruhan 4,046 -
Sila menyatakan nama pemaju yang membina Rumah Selangorku di daerah Kuala Langat.
Untuk makluman Yang Berhormat, pemaju yang terlibat dengan pembangunan Rumah Selangorku di daerah Kuala Langat ialah Tetuan Bandar Rimbayu Sdn. Bhd., Tetuan Seribu Baiduri Sdn. Bhd. dan Tetuan TS Development Sdn. Bhd. Perincian pembangunan Rumah Selangorku seperti di perenggan a) diatas
-
Adakah ADUN dibenarkan untuk membeli Rumah Selangorku dengan mendapat potongan diskaun?
Untuk makluman Yang Berhormat, pembelian Rumah Selangorku terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Selangorku. Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat khusus / kriteria-kriteria tertentu di dalam permohonan Rumah Selangorku seperti berikut :
- Warganegara Malaysia yang berkahwin berumur 18 tahun ke
- Pendapatan bagi pemohon Rumah Selangorku Jenis A ditetapkan tidak melebihi RM3,000.00
- Pendapatan bagi pemohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,0001.00 – RM8,000.00
- Pemohon (Suami/Isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di
- Pemohon bujang berumur 25 tahun ke
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C atau D semasa membuat
Untuk makluman Yang Berhormat juga, tiada diskaun Bumiputera / diskaun kepada ADUN bagi Rumah Selangorku ini memandangkan ianya adalah harga kawalan.