Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

151) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senarikan pecahan pembinaan 200,000 rumah mampu milik yang dijanjikan boleh Kerajaan Negeri untuk penggal pentadbiran ini. Sila butirkan bagi setiap projek nama projek, nama pemaju, bilangan unit, jenis unit, tahun mula bina dan tahun serah kunci.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2024 Kerajaan Negeri telah meluluskan 447 projek melibatkan 255,449 unit Rumah Selangorku untuk ditawarkan kepada orang awam sepertimana yang disasarkan. Senarai pecahan penyediaan 200,000 unit Rumah Mampu Milik dikategorikan mengikut Zon Pembangunan seperti mana digariskan dalam Dasar Rumah Selangorku 3.0 adalah seperti berikut:-

     

    ZON JUMLAH PROJEK/    BIL UNIT STATUS
    1 (Bandar) 135 / 88,787 Projek Siap = 36 (15,196)

    Pembinaan = 13 (7,644)

    Perancangan = 86 (65,947)

    2 (Bandar) 99 / 47,707 Projek Siap = 35 (10,818)

    Pembinaan = 10 (2,948)

    Perancangan = 54 (33,941)

    3 (Luar Bandar) 194 / 110,580 Projek Siap = 53 (15,630)

    Pembinaan = 31 (11,442)

    Perancangan = 110 (83,508)

    4 (Luar Bandar) 19 / 8,372 Projek Siap = 7 (933)

    Pembinaan = 3 (270)

    Perancangan = 9 (7,182)

    JUMLAH 447 / 255,449  

     

    Perincian status setiap projek tersebut adalah seperti jadual di Lampiran 1.