Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

140) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memperbanyakkan Projek Rumah Selangorku (Jenis A - D) dan mempercepatkan tempoh menunggu?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku (RSKU) Jenis A, B, C dan D telah mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan kini Kerajaan Negeri mempunyai tambahan kepada jenis – jenis RSKU selain Jenis A-D seperti Jenis E, Rumah Idaman MBI dan RSKU Harapan. Bagi memastikan permintaan rumah sentiasa mencukupi oleh golongan sasaran iaitu sebanyak 302,998 permohonan yang masih aktif didalam sistem SPHNS, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 445 projek dengan 252,894 unit rumah untuk memastikan keseimbangan “supply and demand” Rumah Mampu Milik (RMM) di Negeri Selangor. Perincian Jenis Rumah Selangorku Jenis A, B, C, D dan E yang diluluskan adalah seperti berikut:-

     

    Jenis Rumah Selangorku (RSKU) Jumlah Siap Bina Jumlah Sedang Dalam Pembinaan Jumlah Dalam Perancangan
    A 3,317 249 9,637
    B 6,587 344 11,600
    C 13,255 2,713 23,656
    D 14,143 4,108 26,724
    E (Rumah Idaman MBI & RSKU Harapan) 3,894 15,810 115,020
    JUMLAH 41,196 23,224 186,637

     

     

    Bagi mempercepatkan proses permohonan dan penawaran unit rumah, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan insentif galakan pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan Dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid-19 telah membenarkan pemaju meminda syarat daripada Rumah Selangorku Jenis A, Jenis B, Jenis C dan Jenis D kepada satu jenis sahaja iaitu Rumah Selangorku Jenis E (Khas) atau dikenali sebagai Rumah Selangorku Harapan Dan Rumah Idaman MBI. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mempercepatkan proses permohonan penawaran nama Rumah Selangorku Jenis D, E dan E Khas (Rumah Idaman MBI dan Rumah Harapan) ini seperti berikut:

     

    • Pengagihan Kuota dimana LPHS sebanyak 50% dan 50% lagi kepada Pemaju.

     

    • Tawaran Khas kepada Pembeli Rumah Kedua untuk Rumah Selangorku Jenis D, E dan E Khas dibawah Kuota Pemaju (50%). Manakala kuota LPHS (50%) berdasarkan merit pemohon iaitu pemohon dan pasangan tiada pemilikan rumah di Selangor.

     

    • Proses penawaran nama pemohon RSKU yang diurusetiakan oleh LPHS melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah Selangorku akan bersidang 2 kali sebulan (20 kali setahun).

     

    • Senarai pemohon yang berjaya dipilih (pra-tawar) daripada Sistem Pendaftaran Hartanah Negeri Selangor (SPHNS) akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada LPHS selepas 14 hari daripada tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama.

     

    • Syarat permohonan Rumah Selangoku telah ditingkatkan pendapatan isi rumah bermula dari RM3500.00 sehingga RM14,500.00 bagi kategori jenis A,B,C,D dan E Khas.
  2. Berapakah jumlah Rumah Selangorku yang sedang dalam pembinaan dan akan tamat?

    Sehingga 31 Oktober 2024, terdapat 59 projek dengan 23,224 unit sedang dalam peringkat pembinaan.

  3. Berapakah jumlah Rumah Selangorku yang telah diserahkan kunci kepada pemilik?

    Sehingga 31 Oktober 2024, terdapat 128 projek dengan 41,196 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci kepada pemilik.

Lampiran

Tiada Lampiran.