Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
105) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah Rumah Selangorku yang siap dibina dan akan dibina di DUN Bandar Baru Klang.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan oleh pemaju-pemaju perumahan khususnya penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi kawasan Daerah Klang, Selangor. Ini kerana syarat / keperluan penyediaan Rumah Selangorku (RSKU) akan ditetapkan ke atas tanah-tanah yang dicadangkan untuk dibangunkan. Sehingga 31 Oktober 2024, terdapat 49 projek dengan 26,003 unit RSKU telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di seluruh Daerah Klang yang mana DUN Bandar Baru Klang terletak di dalamnya. Daripada jumlah tersebut, 3 projek dengan 1,424 unit RSKU telah siap dibina di kawasan Dun Bandar Baru Klang.
-
Sila nyatakan lokasi dan jumlah unit Rumah Selangorku di DUN Bandar Baru Klang.
Terdapat 4 projek di kawasan Dun Bandar Baru Klang dengan jumlah keseluruhan 1,578 unit. Daripada jumlah tersebut, 3 projek dengan 1,424 unit RSKU telah siap dibina. Manakala 1 projek dengan 154 unit RSKU masih dalam pembinaan. Perincian seperti berikut :-
BIL NAMA PEMAJU LOKASI PROJEK BIL UNIT STATUS 1. Sime Darby Property (Klang) Sdn. Bhd. Di Atas hakmilik HSD 138520 PT 69097, HSD 15134 PT 72198, Geran 154246 Lot 45390 dan Geran 164622 Lot 46961, Mukim Kapar, Daerah Klang. (Seruling) 618 Siap Bina 2. Sime Darby Property (Klang) Sdn. Bhd. Di Atas hakmilik HSD 138520 PT 69097, HSD 15134 PT 72198, Geran 154246 Lot 45390 dan Geran 164622 Lot 46961, Mukim Kapar, Daerah Klang. (Serunai) 570 Siap Bina 3. Sime Darby Property (Klang) Sdn. Bhd. Di Atas Geran 154246 Lot 45390 (Fasa 4E), Fasa 1 (Stage 1), Bandar Bukit Raja, Mukim Kapar, Daerah Klang.
(Inang)236 Siap Bina 4. Sime Darby Property (Klang) Sdn. Bhd. Di Atas Geran 164622 Lot 46961 (Fasa 12E), Fasa 1 (Stage 1), Bandar Bukit Raja, Mukim Kapar, Daerah Klang.
(Gamelan)154 Dalam Pembinaan Jumlah Keseluruhan 1,578 -
Sila nyatakan jumlah pemohon berdasarkan latar belakang, kaum dan jantina yang memohon Rumah Selangorku di DUN BBK serta isu-isu yang paling biasa dihadapi oleh pemohon.
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod melalui Sistem Permohonan Hartanah Negeri Selangor di LPHS, pecahan permohonan Rumah Selangorku yang telah diterima, jumlah permohonan dengan pecahan kaum adalah seperti berikut:-
JENIS PROJEK MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN RUMAH SELANGORKU / IDAMAN / HARAPAN 14,487 9,474 3,971 3,722 2,494 2,625 268 220 JUMLAH KESELURUHAN 23,961 7,693 5,119 488