Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

45) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak Rumah Selangorku / Rumah Idaman Selangor yang telah siap dibina di dalam DUN Sentosa?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan oleh pemaju-pemaju perumahan khususnya penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi kawasan Daerah Klang, Selangor. Ini kerana syarat / keperluan penyediaan Rumah Selangorku (RSKU) akan ditetapkan ke atas tanah-tanah yang dicadangkan untuk dibangunkan. Sehingga 31 Oktober 2024, terdapat 49 projek dengan 26,003 unit RSKU telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di seluruh Daerah Klang yang mana DUN Sentosa terletak di dalamnya. Daripada jumlah tersebut, 2 projek dengan 320 unit RSKU telah siap dibina di kawasan Dun Sentosa.

  2. Apakah projek terkini di DUN Sentosa?

    Terdapat 5 projek di kawasan Dun Sentosa dengan jumlah keseluruhan 994 unit. Daripada jumlah tersebut, 2 projek dengan 320 unit RSKU telah siap dibina. Seterusnya 1 projek dengan 30 unit RSKU sedang dalam pembinaan, manakala 2 projek dengan 644 unit RSKU masih dalam perancangan. Perincian seperti berikut :-

     

    BIL NAMA PEMAJU LOKASI PROJEK BIL UNIT STATUS
    1. Harum Intisari Sdn Bhd Di Atas Lot PT 129711, Bandar Botanic, Daerah Klang. 306 Siap Bina
    2. Sejati Properties Sdn. Bhd. Di Atas 129645 (PT.119195), Off Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa Perdana, K/S 7, Mukim Klang, Daerah Klang. 14 Siap Bina
    3. Kota Etika Development Sdn. Bhd. Di Atas Hakmilik GRN 107006 Hingga GRN 107085 Lot 84809 Hingga Lot 84868, Persiaran Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi Klang, Mukim Klang, Daerah Klang. (Pemulihan Projek Terbengkalai-Pemaju asal Alex) 30 Dalam Pembinaan
    4. Pembinaan Kesentosaan Sdn. Bhd. Sebahagian GRN 122878 Lot 98936 Dan Sebahagian GRN 121319 Lot 87138, Taman Sentosa Perdana, Mukim Klang, Daerah Klang. 512 Perancangan
    5. Rukun Jaya Sdn. Bhd. Di Atas Lot 1539 Dan Lot 97816, Jalan Sungai Kandis, Mukim Klang, Daerah Klang, Seksyen 36, Shah Alam. 132 Perancangan
    Jumlah Keseluruhan 994  

Lampiran

Tiada Lampiran.