Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

181) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah unit Rumah Selangorku yang dibina dalam tahun 2024 selaras dengan teras ‘Menaungi Kebajikan Rakyat'? Nyatakan pemaju yang terlibat dan pecahan unit yang dibina oleh setiap pemaju termasuk PKNS.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2024 sebanyak 12 projek dengan 4,188 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli bagi tahun 2024 manakala 59 projek dengan 23,224 unit sedang dalam pembinaan. Senarai pemaju yang terlibat adalah seperti berikut :-

    PKNS walaupun untuk tempoh sepanjang tahun 2024 tiada projek RSKU yang siap dibina atau dilancarkan, namun masih terus membina projek RSKU seperti tahun – tahun sebelum ini. Bagi tahun 2025 sebanyak 2 projek RSKU dengan keseluruhan sebanyak 2,371 unit akan dilaksanakan secara usahasama iaitu projek RSKU di Selangor Cybervalley, Cyberjaya sebanyak 1,441 dan Kota Puteri, Selayang sebanyak 930 unit.

Lampiran

Tiada Lampiran.