Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
104) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan bercadang untuk menyediakan perumahan pada kadar harga yang bersesuaian dengan gaji minima RM1500 seperti yang ditetapkan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengkaji kaedah bagi memastikan penyediaan rumah dapat disediakan khususnya kepada golongan sasaran B40 dan M40. Bagi isi rumah yang berpendapatan minima iaitu RM1,500 sebulan, Kerajaan Negeri mengesyorkan ketua isi rumah tersebut untuk memohon Rumah Selangorku Jenis A atau Jenis B yang berharga RM42,000 dan RM100,000 seunit (anggaran ansuran bulanan RM250 dan RM550). Jumlah bayaran ansuran ini masih lagi releven untuk ditawarkan kepada golongan sasaran tanpa membebankan mereka.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri memahami isu kenaikan kos sara hidup dan bagi menyantuni golongan sasaran yang masih lagi belum bersedia untuk memiliki rumah, oleh yang demikian Kerajaan Negeri turut menyediakan kediaman untuk disewa pada harga mampu milik melalui program PPR dan Skim Smart Sewa. Program sewaan ini menawarkan harga sewaan sebulan bermula RM250 hingga RM900 sebulan kepada pemohon yang layak dan sekiranya pemohon telah bersedia untuk memilik rumah, Kerajaan Negeri boleh menawarkan Rumah Selangorku untuk tujuan pemilikan.
-
Berikan senarai projek yang telah dimulakan beserta tarikh penyerahan.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Mei 2024, terdapat 66 projek dengan 25,012 unit sedang dalam pembinaan. Anggaran sasaran tempoh penyerahan projek adalah seperti berikut:-
-
Apakah kerajaan bersedia bekerjasama dengan pemaju perumahan terbengkalai untuk diubah menjadi Rumah Selangorku?
Pihak Kerajaan Negeri terbuka untuk sebarang pemaju untuk mengemukakan cadangan pemulihan bagi projek rumah terbengkalai untuk dibangunkan semula khususnya sekiranya melibatkan penyediaan Rumah Selangorku. Walau bagaimanapun berdasarkan rekod Kerajaan Negeri, penyediaan Rumah Selangorku ini akan memberi kesan terhadap tahap kebolehlaksanaan projek memandangkan harga jualan Rumah Selangorku ditetapkan pada harga kawalan sekitar RM42,000 hingga RM250,000 seunit. Namun, sekiranya terdapat cadangan penyediaan Rumah Selangorku sebagai salah satu komponen dalam pemulihan projek terbengkalai, Kerajaan Negeri memberikan keutamaan kepada penyediaan Rumah Idaman MBI atau Rumah Selangorku Harapan yang berharga RM250,000 seunit bagi memastikan cadangan pemulihan projek yang berdaya saing dan mampu menyelesaikan permasalahan di lapangan.