Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

240) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan unit projek Rumah Selangorku yang masih dalam perancangan di DUN Hulu Bernam?

    Sehingga 31 Disember 2023, terdapat 28 projek dengan 10,218 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan Daerah Hulu Selangor. Daripada jumlah tersebut, satu (1) projek dengan 2,254 unit Rumah Selangorku telah diluluskan di kawasan Dun Hulu Bernam dan kini di peringkat kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

  2. Dimanakah lokasi perancangan projek Rumah Selangorku di DUN Hulu Bernam?

    Berikut merupakan perincian projek di kawasan Dun Hulu Bernam :-

    PEMAJU LOKASI PROJEK BILANGAN UNIT
    Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) Di Atas Hakmilik PN 117728 Lot 13663, Mukim Kuala Kalumpang, Daerah Hulu Selangor. 2,340 unit

Lampiran

Tiada Lampiran.