Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

25) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perbezaan diantara Rumah Selangorku jenis A,B,C,D dan E?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku 2.0) ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 6/2018 pada 28 Februari 2018.

     

    Rumah Selangorku 2.0 ini terdiri daripada lima (5) jenis/ komponen rumah yang dijual pada harga di antara RM42,000.00 hingga RM 250,000.00 seunit. Perincian jenis/ komponen Rumah Selangorku tersebut adalah seperti di jadual di bawah:

     

    KOMPONEN RUMAH SELANGORKU 2.0 LUAS MINIMUM BINAAN

    (kps)

    HARGA JUALAN MAKSIMUM

    (RM)

    BERTINGKAT (PANGSAPURI)
    JENIS A 700 42,000.00
    JENIS B 750 100,000.00
    JENIS C 800 150,00.00
    JENIS D 900 200,000.00
    JENIS E* 900 250,000.00

     

     

     

     

    KOMPONEN RUMAH SELANGORKU 2.0 LUAS MINIMUM  BINAAN

    (kps)

    HARGA JUALAN MAKSIMUM

    (RM)

    BERTANAH (RUMAH BANDAR** & TERES)
    JENIS A 700

    (Rumah Bandar**)

    42,000.00
    JENIS B 750

    (Rumah Bandar**)

    100,000.00
    JENIS C 1,000

    (Rumah Bandar**)

    200,000.00
    JENIS D 900

    (Rumah Teres 20’ X 60’)

    250,000.00

     

     

    *Hanya tertakluk bagi kawasan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

    ** Rumah Bandar Selangorku ditetapkan dua (2) pemilik bagi satu lot / blok Rumah Bandar

    Nota: Rumah Selangorku jenis Rumah Bandar dan Teres diwajibkan dalam Zon 3

     

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MMKN Ke 29/ 2022 pada 2 November 2022 telah meluluskan Dasar Rumah         Selangorku 3.0 yang berkuat kuasa mulai 3 Januari 2023 bagi menggantikan Dasar Rumah Selangorku 2.0.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperbanyakkan rumah jenis A di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang pada masa akan datang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat prihatin dan komited dalam menyediakan Rumah Selangorku terutamanya Jenis A yang berharga RM42,000.00 sebagaimana yang digariskan di dalam Dasar Rumah Selangorku 2.0 yang lalu.

     

    Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa Rumah Selangorku Jenis A ini masih tidak mencukupi di pasaran bagi menampung permintaan terutamanya kepada golongan B40. Ini disebabkan oleh kos pembinaan dan kos subsidi yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh pihak pemaju yang mana harga seunit mencecah RM70,000.00 – RM80,000.00 berbanding harga jualan RM42,000.00 seunit lebih- lebih lagi pada fasa pendemik Covid 19 sekarang ini. Selain itu, aliran tunai (cash flow) syarikat pemaju akan terjejas dan kesukaran mendapatkan pembiayaan projek (bridging loan) daripada pihak bank. Di samping itu, Rumah Selangorku Jenis A ini mempunyai kesukaran pinjaman daripada institusi perbankan bagi pembeli berpendapatan RM3,000.00 ke bawah.

     

    Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu skim insentif iaitu Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid 19 dalam memberikan penumpuan untuk merancakkan lagi pembangunan hartanah setelah penularan wabak Covid 19 mula terkawal. Insentif ini membenarkan pemaju meminda penyediaan komponen Rumah Selangorku Jenis A kepada Rumah Selangorku Jenis E (Khas) atau dikenali sebagai Rumah Idaman MBI dan Rumah Selangorku Harapan. Pemaju perlu memperuntukkan sebanyak 15 hingga 30 peratus daripada pindaan/ pengecualian pembinaan Rumah Selangorku Jenis A kepada Kerajaan Negeri secara percuma sebagai balasan/ kontra ke atas pengecualian penyediaan Rumah Selangorku yang sepatutnya di bina.

     

    Unit- unit kontra ini akan digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program-program seperti Skim Smart Sewa dan Skim Sewa Milik Selangor yang dapat membantu rakyat khususnya untuk golongan B40 memiliki rumah. Pelaksanaan program-program ini kelak secara tidak langsung akan membantu Kerajaan Negeri dalam memberi peluang kepada golongan yang sukar mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk memiliki rumah sendiri.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, terdapat empat (4) projek Rumah Selangorku Harapan di Daerah Klang yang terdiri daripada 2,036 unit dan unit kontra yang bakal diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 177 unit yang boleh  di jadikan program Skim Smart Sewa dan Skim Sewa Milik Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.