Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
47) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adalah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperuntukan kouta tertentu membantu kakitangan di PKM yang di bawah B40 yang berkelayakan untuk memiliki rumah Selangorku?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menetapkan kuota sebanyak 30% bagi penjawat awam untuk membantu kakitangan kerajaan yang layak untuk memiliki Rumah Selangorku. Oleh itu, sekiranya kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang layak dan menepati kriteria dibawah kuota sebanyak 30% tersebut adalah dibenarkan memohon. Ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri untuk memberi peluang dan ruang kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan B40 mengikut kelayakan pendapatan (isi rumah) untuk mendapatkan Rumah Selangorku sebagai rumah pertama seperti berikut :
RUMAH SELANGORKU SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN (ISI RUMAH) JENIS A RM 3,500 sebulan ke bawah JENIS B RM 7,000 sebulan ke bawah JENIS C RM 10,000 sebulan ke bawah JENIS D, JENIS E DAN JENIS E KHAS
RM 14,500 sebulan ke bawah -
Adakah pihak LPHS mempunyai perancangan untuk menggunakan PKM bagi memasarkan rumah Selangorku?
LPHS bersedia dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pihak PKM bagi mengadakan program hebahan dan pemasaran Rumah Selangorku kepada orang awam. Secara langsung, ianya menggalakan permohonan pendaftaran Rumah Selangorku di atas talian melalui laman sesawang LPHS terutamanya kepada penduduk di kawasan tersebut.
Selain itu, LPHS juga senantiasa berterusan untuk mengadakan program-program hebahan dan pemasaran sepanjang tahun bagi jualan unit-unit Rumah Selangorku melalui kerjasama dengan pihak KPKT, pihak REHDA Selangor melalui Pameran Hartanah MAPEX, kerjasama dengan pihak pemaju sendiri melalui Program Penawaran Terbuka, Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) anjuran oleh UPEN Selangor, Program bersama Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor serta pelbagai agensi berkaitan.
Diharapkan dengan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pihak PKM, ianya dapat menjayakan usaha promosi dan hebahan berkenaan insiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri melalui Skim Rumah Selangorku kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor.