Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

137) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila berikan bilangan projek rumah Selangorku yang habis dijual dan bilangan projek yang tidak dapat habis dijual?

    Untuk makluman Y.Berhormat, jumlah projek Rumah Selangorku yang habis dijual sehingga 15 Februari 2020 adalah sebanyak 30,028 unit manakala baki unit yang masih belum terjual / jumlah pemohon yang masih belum memuktamadkan atau menandatangani perjanjian Jual-Beli adalah sebanyak 5,887 unit.

    Berdasarkan ba ki kekosongan Rumah Selangorku sebanyak 5,887 unit tersebut, proses penawaran nama kepada pemohon telah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan yang diurusetiakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Namun demikian, pemohon tersebut masih dalam proses menyelesaikan urusan pembelian rumah melibatkan proses mengemukakan dokumen untuk semakan dan pengesahan LPHS, proses pengeluaran surat tawaran di LPHS, proses pemilihan unit rumah di peringkat pemaju, dalam proses mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan / bank dan sebagainya sebelum proses perjanjian Jual-Beli ditandatangani. Oleh itu, baki unit kosong tersebut masih dalam proses penjualan kepada pemohon sehingga urusan menandatangani Perjanjian Jual selesai.

    Sehingga kini, jumlah permohonan dalam senarai menunggu dalam Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Selangor (SPPR) masih terdapat 55,229 pemohon berdaftar yang boleh ditawarkan unit kosong akan datang namun kebarangkalian pemohon yang layak dan berjaya mendapatkan pinjaman perumahan dianggarkan seramai 50% iaitu 27,615 pemohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.