Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

157) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini projek belum siap dan dalam perancangan keseluruhan unit Rumah Selangorku mengikut daerah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 120,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2022. Sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 29,155 unit RSKU telah siap dibina, 12,627 unit sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 78,614 unit masih di dalam peringkat perancangan. Perincian Status RSKU mengikut daerah adalah seperti          berikut :-

    Perincian Status RSKU mengikut daerah

    Status Daerah Bilangan Unit Jumlah Keseluruhan
    Siap Bina Gombak 1,646 29,155
    Hulu Langat 6,088
    Hulu Selangor 576
    Klang 4,592
    Kuala Langat 200
    Kuala Selangor 2,926
    Petaling 7,801
    Sabak Bernam 95
    Sepang 5,231

     

     

     

     

     

    Status Daerah Bilangan Unit Jumlah Keseluruhan
    Dalam Pembinaan Gombak 1,075 12,627
    Hulu Langat 2,992
    Hulu Selangor 799
    Klang 250
    Kuala Langat 1,472
    Kuala Selangor 1,363
    Petaling 2,681
    Sepang 1,995
    Dalam Perancangan Gombak 16,383 78,614
    Hulu Langat 10,565
    Hulu Selangor 1,658
    Klang 8,546
    Kuala Langat 9,064
    Kuala Selangor 5,072
    Petaling 13,465
    Sabak Bernam 24
    Sepang 13,837
    JUMLAH KESELURUHAN 120,396
  2. Nyatakan jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?

    Sehingga 1 Julai 2022, jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya adalah seramai 41,493 pemohon, tidak layak dan menolak tawaran adalah seramai 37,433 pemohon dan pemohon dalam status senarai menunggu seramai 86,518 pemohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.