Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
168) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat hari ini, berapa banyak unit Rumah Selangorku telah dan akan dibina di Daerah Sepang, terutamanya di dalam kawasan DUN Sungai Pelek?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 1 projek Rumah Selangorku (RSKU) dengan 15 unit telah siap dibina pada tahun 2017 dikawasan DUN Sungai Pelek. Disamping itu, ada terdapat sebanyak 7 projek dengan 3,443 unit Rumah Selangorku yang sedang dibina berhampiran dengan kawasan tersebut yang juga dibawah seliaan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).