Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

121) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menghalang penjualan Rumah Selangorku kepada pihak ketiga oleh pemilik?

    Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pengagihan dan pemilikan hartanah harga kawalan termasuk jenis kos rendah dan Rumah Selangorku (RSKU) di Selangor hanya dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah atau sederhana sama ada bagi pembelian daripada pemaju atau secara jualan semula (sub-sale I pindah milik). Bagi memenuhi dasar yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), LPHS telah melaksanakan mekanisme kawalan bagi memastikan pengagihan dibuat secara telus dan saksama. Dasar Kerajaan Negeri menetapkan permohonan kebenaran pindah milik hartanah kos rendah I kos sederhana rendah atau harga kawalan lain termasuk RSKU perlu dikemukakan kepada LPHS untuk kelulusan pelepasan syarat ·pindah milik oleh PBN. Sakal pembeli perlu mematuhi syarat-syarat pemilikan hartanah kos rendah I kos sederhana rendah atau RSKU secara pindah milik atau jualan semula (subsale).

    Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor juga menetapkan dan menggunapakai syarat-syarat bagi tempoh pemilikan hartanah MESTILAH MENCUKUPI 5 TAHUN PEMILIKAN daripada tarikh diterima bagi pemilik pertama. Sementara bagi transaksi seterusnya, tempoh lima (5) tahun berasaskan kepada perjanjian jual beli I kontrak lelongan.

    Tujuan dasar ini dilaksanakan adalah untuk memastikan hanya golongan yang layak sahaja memiliki hartariah harga kawalan di Negeri Selangor selain mengelakkan aktiviti spekulasi harga dan manipulasi golongan yang ingin mengambil kesempatan di atas hartanah ini.

  2. Berapakah unit Rumah Selangorku yang telah dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran daripada Kerajaan Negeri?

    Berdasarkan rekod Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi permohonan kebenaran pindah milik hartanah harga kawalan Negeri Selangor sehingga Oktober 2021 mendapati tiada unit Rumah Selangorku yang telah dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.