Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
197) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah unit Rumah Selangorku yang telah berjaya diserahkan kuncinya kepada pemohon dari tahun 2018 hingga kini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2021, Rumah Selangorku (RSKU) yang telah siap dibina sejak daripada tahun 2018 adalah sebanyak 47 projek dengan 17,033 unit.
-
Senaraikan projek Rumah Selangorku yang bermasalah mengikut daerah dari tahun 2018 hingga kini.
Daripada tahun 2018 sehingga kini, terdapat 1 projek yang didapati bermasalah dan sedang dalam proses penyelesaian seperti berikut :-
Nama Projek Daerah Projek Residensi Jaya oleh Tetuan Jitu Enigma Sdn. Bhd.
Hulu Langat -
Apakah pelan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan rumah tidak siap dan bermasalah?
Di antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah projek tidak siap dan bermasalah adalah seperti berikut: –
- Pemaju adalah dikehendaki untuk mengemukakan jadual perlaksanaan projek sebaik kelulusan pembangunan di berikan oleh Kerajaan Negeri seterusnya projek tersebut akan dipantau secara berkala oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
- Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang mana fungsinya adalah seperti berikut: –
- Menjadi pemudah cara bagi mendapatkan penyelesaian berkaitan masalah teknikal dalam pembangunan yang dihadapi oleh pemaju pihak pemaju dengan jabatan kerajaan atau syarikat pembekal dan utiliti.
- Membuat pemantauan yang khusus kepada projek yang didapati lewat disiapkan yang mana pihak pemaju dipohon untuk mengemukakan pelan tindakan pemulihan projek kepada pihak jawatankuasa.
- Mengesyorkan arahan drastik seperti pembekuan atau “stop work order” serta tindakan kaveat pendaftar ke atas tanah milik pemaju sekiranya pemaju didapati sengaja melewat-lewatkan pembinaan Rumah Selangorku.