Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

224) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan Rumah SelangorKu dari kalangan belia yang diluluskan pada tahun 2014-2015?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah ditawarkan rumah dari tahun 2014 hingga tahun 2015 adalah sebanyak 9,261 orang dan daripada jumlah tersebut 70% adalah terdiri daripada golongan

  2. Adakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melonggarkan syarat permohonan bagi golongan belia berpendapatan rendah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melonggarkan syarat permohonan Rumah Selangorku dan masih mengguna pakai syarat seperti dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) yang telah diluluskan oleh MMKN pada

    13 November 2013. Syarat-syarat permohonan bagi golongan yang berpendapatan rendah adalah seperti berikut:

     

    1. Warganegara Malaysia;

     

    1. Berumur 18 tahun ke atas;

     

    1. Bermastautin di Negeri Selangor;

     

    1. Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00;

     

    1. Satu keluarga satu permohonan sahaja;

     

    1. Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta;

     

    1. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun; dan

     

    1. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah

Lampiran

Tiada Lampiran.