Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

178) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat perancangan menyediakan Rumah Selangorku di Daerah Sabak Bernam memandangkan tiada rekod perancangan sebelum ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 2 projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang melibatkan 355 unit Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Perincian Projek Pembangunan Rumah Selangorku

    Bil. Pemaju Lokasi Jenis Pembangunan Keluasan (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM)
    1. PNSB Ladang Air Manis, Mukim Panchang Bedena Pangsapuri Rumah Selangorku 700 – 800 260 42,000 – 150,000
    2. Lian Soon Thiam Sdn. Bhd. Taman Emas, Mukim Panchang Bedena Rumah Teres Selangorku 750 – 1,000 95 100,000 – 250,000
    Jumlah

     

    355  

     

  2. Berapakah jumlah rakyat yang telah menduduki Rumah Selangorku?

    Untuk makluman Yang Berhormat, bermula dari tahun 2014 hingga Ogos 2015, seramai 5,669 orang pemohon telah berjaya ditawarkan Rumah Selangorku.

Lampiran

Tiada Lampiran.