Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
111) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan Rumah Selangorku yang diterima pada tahun 2014?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Rumah Selangorku yang diterima oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada tahun 2014 adalah sebanyak 31 permohonan.
-
Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014?
Untuk makluman Yang Berhormat juga, daripada 31 permohonan yang diterima, sebanyak 26 permohonan telah diluluskan Rumah Selangorku dan baki 5 permohonan telah ditolak dan kekal dengan keputusan membina rumah mampu milik.