Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

271) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemohon yang telah menarik diri daripada tawaran Rumah Selangorku atas sebab kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, daripada 1 Januari 2015 hingga 15 Mac 2016 seramai 3,490 orang pemohon telah menolak tawaran Rumah Selangorku. Melalui maklum balas yang diterima daripada pemaju kebanyakan pemohon yang telah menolak tawaran tersebut adalah disebabkan pemohon-pemohon berkenaan gagal mendapatkan pinjaman bank selain tidak berminat dengan projek yang

  2. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu golongan-golongan tersebut?

    Bagi golongan yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank, Kerajaan Negeri telah menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) yang berkonsepkan sewa dan milik bagi membantu golongan ini membeli Rumah Selangorku Jenis A. Kerajaan Negeri melalui anak syarikat LPHS iaitu syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) akan menguruskan skim ini melalui kaedah pembiayaan yang merupakan satu bentuk penyewaan jangka panjang bagi membolehkan pemohon bertukar status daripada penyewa kepada pemilik rumah dalam tempoh yang telah dipersetujui dengan mematuhi semua terma-terma Perjanjian Penyewaan dan Pemilikan. Skim Dana-Sel ini akan mula ditawarkan kepada orang awam pada Jun 2016 untuk projek Setia Alam Fasa 3 di daerah Petaling dan Taman Putra Prima di daerah

  3. Adakah kerajaan negeri akan membenarkan pemohon untuk memilih projek yang dikehendaki?

    Untuk makluman Yang Berhormat, semua permohonan Rumah Selangorku mestilah berdaftar di LPHS melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku (SPPRS). Melalui SPPRS pemohon dibenarkan membuat pilihan kawasan berdasarkan daerah dan mukim di mana projek yang dipilih akan dibina. LPHS boleh menawarkan rumah kepada pemohon yang layak

Lampiran

Tiada Lampiran.