Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
67) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan projek rumah Selangorku yang telah siap dibina secara terperinci seperti jumlah unit, unit yang belum dijual dan sebagainya
Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan unit Rumah Selangorku yang telah siap dibina adalah sebanyak 2,546 unit dan kesemua unit- unit tersebut telah habis dijual. Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual
Jadual 1 : Perincian Projek Pembangunan Rumah Selangorku
Bil.
Pemaju
Lokasi
Rumah Selangorku Luas (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM) 1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Daerah Hulu Langat Jenis B 750 124 100,000 2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bukit Botak, Selayang, Daerah Gombak Jenis B (Berkembar) 800 1,422 100,000 3. Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. & Sukma Pesona Sdn. Bhd. Bandar Baru Sungai Long, Daerah Hulu Langat Jenis B 750 136 100,000 Bil.
Pemaju
Lokasi
Rumah Selangorku Luas (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM) 4. TJ Land Sdn. Bhd
Lot 1024, MukimCheras, Daerah Hulu Langat
Jenis D 1,000 92 220,000 5. Semponia Sdn. Bhd., Country Wheel Sdn. Bhd. & Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
Lot PT 11904 HS(D)261773, Sutera Damansara, Mukim Pekan Sungai Buloh, Daerah Petaling
Jenis B 750 236 100,000 6. Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. Taman Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam Jenis C 800 536 150,000 Jumlah Keseluruhan 2,546 -
Adakah pemaju menghadapi masalah menubuhkan JMB bersama pemilik rumah Selangorku? Jika ya, nyatakan butir-butirnya dan cara mengatasinya
Setakat ini, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tidak pernah menerima aduan pemaju yang menghadapi menghadapi masalah menubuhkan JMB bersama pemilik rumah Selangorku. Walau bagaimanapun, sekiranya masalah tersebut berlaku, berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil:
- Mengatur taklimat daripada Pesuruhjaya Bangunan, Pihak berkuasa Tempatan di kawasan terlibat bersama pemilik pangsapuri untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan mereka mengenai kepentingan penubuhan
- Sekiranya JMB masih gagal ditubuhkan, Seksyen 86, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), telah memperuntukkan Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di pangsapuri berkaitan. Walau bagaimanapun, kontrak pelantikan ejen pengurusan tersebut hendaklah ditandatangani oleh pemaju selaras dengan perenggan 43, Bahagian XIII, Peraturan- peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).