Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
152) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pemohon rumah Selangorku mengikut jenis
Untuk makluman Y.Berhormat, sehingga 15 Julai 2017 jumlah pendaftaran permohonan pemohon Rumah Selangorku mengikut jenis di bawah Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku adalah seperti berikut ;
DAERAH JUMLAH PENDAFTARAN PERMOHONAN A B C D PETALING 30,908 3,379 10,409 6,768 KLANG 19,234 350 3,997 5,619 HULU LANGAT 7,687 805 1,413 818 GOMBAK 9,976 506 4,137 2,789 SEPANG 3,743 3,043 3,122 682 HULU SELANGOR 3,307 183 134 486 KUALA SELANGOR 7,695 75 2,306 1,730 KUALA LANGAT 7,252 1,285 700 254 SABAK BERNAM 778 33 63 46 JUMLAH 90,580 9,659 26,281 19,192 KESELURUHAN 145,712 -
Nyatakan jumlah unit Rumah Selangorku yang telah siap tapi belum ada pembeli
Setakat ini, tiada projek Rumah Selangorku yang telah siap dibina namun tiada pembeli untuk ditawarkan oleh Kerajaan Negeri melalui LPHS.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju swasta yang tarikh sasaran siap projek Rumah Selangorku pada tahun 2018 tetapi belum membina lagi?
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa memantau pelaksanaan projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Satu jawatankuasa khusus bagi tujuan pemantauan pelaksanaan projek Rumah Selangorku telah ditubuhkan dan dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku. Selain dari tujuan pemantauan pelaksanaan projek Rumah Selangorku di tapak, ia juga bertanggungjawab mengenal pasti pemaju-pemaju yang masih belum membina projek Rumah Selangorku mereka. Pemaju-pemaju tersebut akan diminta mengemukakan surat tunjuk sebab sekiranya mereka masih belum membina projek Rumah Selangorku kepada pihak LPHS. Sekiranya didapati pemaju melengahlengahkan tanpa sebab yang kukuh, Jawatankuasa akan mengesyorkan kepada MMKN tindakan “Stop Work Order” diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas pembangunan mereka yang lain dan syarikat mereka akan turut disenarai hitamkan.