Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

109) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat tanah-tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan. Anggaran dua hingga tiga ekar. Apakah prosedur yang diperlukan bagi membangunkan kawasan tersebut sebagai rumah mampu milik (Rumah SelangorKu)?

    Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat beberapa langkah / prosedur yang perlu dipatuhi oleh pemohon bagi membangunkan Rmah Selangorku di atas tanah milik kerajaan. Antara langkah / prosedur tersebut adalah seperti berikut:-

    i.)Kategori Tanah

    Pemohon perlu memastikan bahawa tanah yang dipohon adalah milik         kerajaan. Pemohon dikehendaki membuat semakan di Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan dan seterusnya permohonan pemberimilikan                      tanah boleh dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah                    berkenaan melalui tender terbuka.

    ii) Cadangan Awal Pembangunan

    Pemohon perlu membuat cadangan awal pembangunan Rumah Selangorku berdasarkan dasar dan polisi Rumah Selangorku

    iii)     Permohonan Pra Semakan

    Pihak pemohon perlu mengemukakan permohonan pra semakan                  cadangan pembangunan kepada pihak LPHS untuk diteliti.

    iv) Mesyuarat Penyelarasan

    Mesyuarat penyelarasan berhubung cadangan pembangunan Rumah Selangorku akan dibuat oleh pihak LPHS. Keanggotaan bagi mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

    1. a) Pengerusi     :   Pengarah Eksekutif, LPHS
    2. b) Ahli               :  Pejabat Tanah dan Galian Selangor

    : Pejabat Darah / Tanah berkaitan

    :Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan

    :Jabatan Perancang Bandar dan Desa                                                                         Selangor

    v) Pemohon perlu mengemukakan Borang Jadual 1 kepada pentadbir   Tanah Daerah berkaitan dan mengemukakan butiran dirbersertapelan tapak yang dipohon sebanyak 2 salinan.

    vi) Sekiranya pihak pemohon berjaya memohon tanah kerajaan tesebut, pemohon perlu mengemukakan ulasan Kebenaran Merancang kepada pihak LPHS untuk semakan sebelum mengemukakan permohonan  Kebenaran Merancang di Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.