Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
53) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah keadaan sekitar (kutipan yuran penyelengaraan, status JMB, kebersihan sekitar, keadaan infra dan lain-lain) Rumah Selangorku yang telah dijual? Pihak manakah yang akan memantau keadaan projek yang telah ditawar dan dijual?
Setakat ini terdapat sejumlah 9 projek Rumah Selangorku jenis pangsapuri yang telah diduduki melebihi tempoh 12 bulan dari tarikh siap dibina. Status penubuhan JMB, peratus kutipan caj, kebersihan sekitar dan keadaan infra bagi projek Rumah Selangorku tersebut adalah seperti di LAMPIRAN A.
Manakala, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor merupakan pihak yang akan memantau projek Rumah Selangorku yang telah ditawar dan dijual.