Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

20) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek-projek Rumah Selangorku yang telah mendapat serahan milikan kosong (VP) dan perakuan siap dan pematuhan (CCC).

    Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 89,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Ia merangkumi sebanyak 22,494 unit rumah dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku manakala baki 66,902 unit lagi bukan dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku. Daripada keseluruhan unit tersebut terdapat sebanyak 665 unit RSKU telah siap dibina dan telah mendapat Serahan Milikan Kosong (VP) serta telah dikeluarkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Jumlah ini tidak termasuk Rumah Mampu Milik (RMM) Selangor yang telah diperkenalkan untuk tempoh interim dari tahun 2010 – 2013 sebelum Dasar Rumah Selangorku diperkenalkan. Perinciannya adalah seperti berikut :-

    Projek Rumah Selangorku yang telah siap dibina mengikut jenis sejak tahun 2014 sehingga kini :-

    PBT Bilangan Projek Jumlah Unit
    MBSA 1 536 (Jenis C)
    MDHS 1 129 (Jenis D)
    JUMLAH 2 665

    Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Selangor yang telah siap dibina untuk tempoh tahun 2010 sehingga tahun 2013 :-

    PBT Bilangan Projek Jumlah Unit
    MPKj 3 352
    MPS 1 1,422
    MBPJ 1 236
    JUMLAH 2 2,010
  2. Nyatakan projek Rumah Selangorku yang gagal disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan

    Kerajaan Negeri telah menetapkan pemaju perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) Pendirian Bangunan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan dalam tempoh 60 hari (2bulan) sebaik sahaja kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) diperoleh. Daripada jumlah keseluruhan 142 projek dengan 89,396 unit yang telah diluluskan oleh MMKN, sebanyak 44 projek dengan 29,915 unit daripadanya yang masih belum mengemukakan pelan KM tersebut. Perincian adalah seperti berikut :-

    Pihak Berkuasa

    Tempatan

    Bilangan Projek Yang Masih Belum

    Mengemukakan KM

    2014 2015 Kelulusan

    Sebelum Ogos

    2016

    MBSA 7 (2,656) 1 (566)
    MBPJ 1 (436) 2 (296)
    MPAJ 2 (108)
    MPSJ 2 (1,756) 3 (1,360) 1 (1,026)
    MPK 3 (476)
    MPKj 2 (540) 2 (1,357) 7 (2,011)
    MPS 3 (12,598)
    MPSp 1 (645) 2 (708) 3 (2,843)
    MDHS
    MDKS 1 (357) 1 (176)
    MDSB
    MDKL
    JUMLAH 6 (3,377) 25 (19,916) 13 (6,622)
      44 (29,91 5)
  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan tiada penangguhan siap kerja projek rumah Selangorku?

    Selain daripada syarat pemaju perlu mengemukakan KM Pendirian Bangunan dalam tempoh masa 60 hari (2 bulan) selepas MMKN diluluskan, pemaju juga telah disyaratkan untuk membina sekurang – kurangnya RSKU Jenis A di fasa pertama / awal pembangunan atau serentak dengan pembangunan harga bebas yang lain. Bagi memastikan pemaju mematuhi syarat – syarat tersebut, tindakan “Stop Work Order” untuk pembangunan lain dan pemaju disenarai hitamkan akan diambil sekiranya mereka gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan pemaju menangguhkan / tidak membina RSKU, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku yang mana fungsinya adalah seperti berikut :-

    1. Melaporkan status pembangunan Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) daripada tahun 2014 sehingga kini khususnya yang masih belum mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang di PBT.
    2. Mengenalpasti isu – isu berbangkit yang mengakibatkan pemaju masih gagal mengemukakan pelan Kebenaran Merancang.
    3. Menyelaras dan memudahcara proses-proses kelulusan Rumah Selangorku di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi.
    4. Mengadakan lawatan tapak secara berkala dan melaporkan kepada Jawatankuasa.
    5. Memohon pemaju untuk mengemukakan Jadual Kemajuan Kerja di tapak setiap 6 bulan sekali.
    6. Mengesyorkan arahan pembekuan atau ‘Stop Work Order’ bagi pembangunan berkaitan sebelum diangkat untuk persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.