Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
26) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah pembeli Rumah Selangorku berjaya atau gagal untuk mendapatkan pinjaman bank?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pembeli Rumah Selangorku yang berjaya ditawarkan kepada pemohon bermula dari tahun 2014 sehingga
31 Januari 2018 adalah seramai 37,485 pemohon. Namun daripada jumlah tersebut, didapati hanya seramai 17,100 pemohon atau 46 % pemohon yang gagal untuk mendapatkan pinjaman bank dan sebagainya.
-
Untuk mereka yang gagal, berapakah telah ditawarkan skim sewa beli rumah?
Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Sewa Beli atau pun Skim Dana Sel hanya terbuka kepada peneroka bandar bagi projek Rimba Jaya dan Sungai Sering. Ini adalah kerana ketidakupayaan mereka mendapatkan pinjaman walaupun telah hampir 10 tahun dan unit-unit mereka tidak boleh dijual oleh pemaju. Dari itu ianya membebankan pembeli dan juga
Sementara itu untuk pembeli-pembeli kediaman PKNS, Kerajaan Negeri melalui HIJRAH telah memperkenalkan skim ‘Smart Selangor First Home Buyers’ iaitu pendahuluan 10% kepada pembeli untuk mendapat rumah idaman mereka.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui LPHS telah menyediakan Skim Smart Sewa di mana 30% daripada kadar sewaan akan dikembalikan kepada penyewa supaya mereka ini dapat menstabilkan pendapatan dan ada sumber kewangan untuk membeli rumah.
-
Berapakah unit Rumah Selangorku yang telah telah dilancarkan dan berapakah unit ini yang masih belum dijual?
Sehingga 28 Februari 2018, sebanyak 29 Projek dengan jumlah 20,627 unit Rumah Selangorku sedang dibina yang mana dijangkakan akan siap dan dilancarkan secara berperingkat sehingga tahun 2022. Perinciannya adalah seperti berikut :-
TAHUN KELULUSAN DALAM PEMBINAAN DALAM PERANCANGAN SIAP DIBINA 2014
10 (6,700)
17 (6,024)
11 (2,594)
2015
15 (10,941)
55 (29,239)
5 (1,014)
2016
4 (2,986)
27 (15,216)
1 (12)
2017
–
43 (25,158)
1 (6)
2018
–
6 (687)
–
JUMLAH 29 (20,627)
148 (76,324)
18 (3,626)
Setakat 31 Januari 2018, terdapat sebanyak 1,124 unit kosong Rumah Selangorku yang masih boleh ditawarkan kepada orang awam untuk tujuan pemilikan.