Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
102) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan senarai Projek Rumah Selangorku yang telah dan akan dibina mengikut daerah?
Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 104,680 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri sehingga 15 Ogos 2018. Sehingga 15 Ogos 2018, sebanyak 3,770 unit RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala sebanyak 24,869 unit RSKU sedang dalam pembinaan. Perinciannya mengikut tahun kelulusan MMKN adalah seperti berikut :-
Perinciannya bilangan unit mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut :-
JUMLAH 204 19 35 150 Senarai projek dan perinciannya mengikut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di Lampiran 1.
-
Adakah terdapat Projek Rumah Selangorku yang telah dibatalkan pembinaannya? Senaraikan.
Berdasarkan rekod dan semakan di lapangan, terdapat 9 projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh MMKN tetapi sehingga kini masih gagal untuk memulakan pembinaan Rumah Selangorku di tapak dalam tempoh masa 2 tahun seperti mana yang telah disyaratkan oleh Kerajaan Negeri.
Senarai nama projek dan nama pemaju yang terlibat dengan penarikan balik kelulusan MMKN bagi pembinaan Rumah Selangorku adalah seperti berikut:-
Penarikan balik kelulusan ini bermaksud pihak pemaju perlu mematuhi syarat kelulusan terdahulu sepertimana dasar terdahulu iaitu dasar perumahan yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Bil.3/2006.
Walau bagaimanapun, terdapat di antara pemaju di atas telah mengemukakan rayuan kepada Kerajaan Negeri untuk meneruskan pelaksanaan projek tersebut. Permohonan rayuan tersebut sedang dikaji dengan telilti sebelum ia dibawa semula untuk pertimbangan MMKN.
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan jumlah pembinaan rumah Selangorku jenis A di kawasan luar bandar?
Kerajaan Negeri sentiasa mengenal pasti keperluan perumahan rumah mampu milik bagi golongan sasaran khususnya permohonanan daripada golongan B40 & Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar yang dikenali sebagai Dasar Rumah Selangorku yang mana ianya mensyaratkan agar pemaju perumahan membina Rumah Selangorku di kawasan luar bandar.
Secara dasarnya, kawasan luar bandar adalah dikategorikan sebagai kawasan Zon 3 yang mana sebarang pembangunan kediaman di atas tanah yang berkeluasan 50 ekar dan keatas adalah dikenakan syarat untuk dibina sebanyak 10% Rumah Selangorku Jenis A. Rumah-rumah tersebut adalah diwajibkan untuk dibina secara bertanah (Teres/Rumah Bandar).
Kawasan luar bandar yang dikategorikan sebagai Zon 3 adalah seperti jadual berikut:-
Bil. Daerah Mukim / Kawasan 1.
Kuala Selangor
Mukim Pasangan, Tanjung Karang dan Hulu Tinggi 2. Hulu Selangor Keseluruhan Daerah Hulu Selangor 3. Sabak Bernam Keseluruhan Daerah Sabak Bernam Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang pembinaan kediaman di atas tanah 5 ekar dan keatas di kawasan bandar (Zon 1) adalah disyaratkan penyediaan Rumah Selangorku Jenis A sekurang-kurangnya 10%. Manakala bagi kawasan “sub-urban” (Zon 2) penyediaan Rumah Selangorku jenis A adalah disyaratkan bagi tanah 20 ekar dan keatas. Rumah-rumah tersebut dibenarkan untuk dibina secara bertingkat.