Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

55) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa Rumah Selangorku telah ditawar dan berjaya dibeli?

    Jumlah unit Rumah Selangorku yang telah ditawarkan bermula dari tahun 2014 sehingga 31 Oktober 2018 sebanyak 30,692 Manakala jumlah penawaran nama telah berjaya membuat pembelian Rumah Selangorku adalah sejumlah 23,658 pemohon.

  2. Berapa Rumah Selangorku masih dibina atau tidak ditawar lagi?

    Sehingga 31 Oktober 2018, sebanyak 24,389 unit Rumah Selangorku yang telah memperoleh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu sedang dalam Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,661 unit yang boleh ditawarkan dengan melibatkan 9 fasa pembangunan.

  3. Berapakah Rumah Selangorku yang telah diluluskan dan akan dibina dalam tiga tahun yang akan datang?

    Secara keseluruhan, sebanyak 20,386 unit Rumah Selangorku telah diluluskan   oleh Kerajaan Negeri dan disasarkan untuk penyiapan secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun akan datang sehingga tahun 2021. Projek-projek ini akan melibatkan 39 projek/fasa pembangunan di seluruh Negeri Selangor.

     

    Tahun

    Sasaran Siap

    Bilangan Projek / Fasa  

    Jumlah Unit

    2018 10 4,496
    2019 10 4,486
    2020 5 3,372
    2021 14 8,032
    JUMLAH 39 20,386

     

Lampiran

Tiada Lampiran.