Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

37) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan unit rumah Selangorku pelbagai jenis yang telah siap dan diduduki semenjak ia dilancarkan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh tahun 2014 sehingga kini (31 Oktober 2018), sebanyak 6,303 unit RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci kepada pembeli. Perincian Rumah Selangorku mengikut jenis adalah seperti berikut:-

    Jenis RSKU Siap Dibina
    Jenis A
    Jenis B 890
    Jenis C 3,653
    Jenis D 1,760
    JUMLAH 6,303

     

  2. Berapa unitkah sasaran Kerajaan Negeri untuk rumah Selangorku disiapkan sehingga tahun 2021?

    Kerajaan Negeri telah mensasarkan sebanyak 20,386 unit Rumah Selangorku untuk disiapkan secara berperingkat sehingga tahun 2021. Ini melibatkan 39 fasa pembangunan Rumah Selangorku di seluruh Negeri Selangor.

    Tahun Sasaran

    Siap

    Bilangan Projek / Fasa  

    Jumlah Unit

    2018 10 4,496
    2019 10 4,486
    2020 5 3,372
    2021 14 8,032
    JUMLAH 39 20,386

     

Lampiran

Tiada Lampiran.