Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

26) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan program Rumah Selangorku di DUN Meru bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri?

    Untuk makluman Yang Berhormat, perincian data RSKU direkod mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tidak diperincikan mengikut DUN. Meru merupakan kawasan dibawah penyeliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sehubungan dengan itu, jumlah Rumah Selangorku yang direkodkan dibawah seliaan Majlis Perbandaran Klang yang sedang dalam pembinaan adalah sebanyak 3,438 unit dan jumlah Rumah Selangorku yang telah siap dibina adalah sebanyak 879 unit. Manakala sebanyak 6,143 unit RSKU masih dalam perancangan. Jadual rumusan adalah seperti dibawah:-

    Siap Dibina Dalam Pembinaan Dalam Perancangan
     

    879

     

    3,438

     

    6,143

     

    Jumlah Keseluruhan : 10,460 Unit

     

Lampiran

Tiada Lampiran.