Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
16) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah unit rumah Selangorku di dalam DUN Sungai Ramal?
Untuk makluman Yang Berhormat, perincian data RSKU direkod mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tidak diperincikan mengikut DUN. Sungai Ramal merupakan kawasan dibawah penyeliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Sehubungan dengan itu, jumlah Rumah Selangorku yang direkodkan dibawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang yang sedang dalam pembinaan adalah sebanyak 3,943 unit manakala jumlah Rumah Selangorku yang telah siap dibina adalah sebanyak 2,202 unit. Jadual rumusan adalah seperti dibawah:-
Siap Dibina Dalam Pembinaan Dalam Perancangan 3,943
2,202
15,124
Jumlah Keseluruhan : 21,269 Unit
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina lebih banyak rumah Selangorku dalam kawasan ini untuk memenuhi keperluan penduduk?
Untuk makluman Yang Berhormat, juga berdasarkan rekod kelulusan sebanyak 15,124 unit Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Majlis Perbandaran Kajang sehingga 31 Oktober 2018. Oleh itu, dijangka berdasarkan rekod tersebut ianya diharap dapat memenuhi keperluan permintaan penduduk setempat khususnya golongan B40 dan M40 serta pembeli rumah pertama.