Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
103) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah projek Rumah Selangorku yang diluluskan pada 2019 mengikut pecahan daerah?
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 12 projek (11,690 unit) Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri (MMKN) pada tahun 2019. Perincian projek yang tersebut mengikut daerah adalah seperti berikut: –
DAERAH BIL. PROJEK JENIS RUMAH SELANGORKU JUMLAH UNIT RUMAH A B C D E Gombak 3 544 540 2,592 30 0 3,706 Hulu Langat 2 – 42 519 – – 561 Klang 2 1,270 1,277 1,274 1,276 – 5,097 Kuala Selangor 1 – 148 50 196 – 394 Petaling 2 69 68 68 46 – 251 Sepang 2 396 363 426 496 – 1,681 JUMLAH 12 2,279 2,438 4,929 2,044 – 11,690 -
Berapa unitkah yang telah siap dibina mengikut pecahan jenis pada 2019?
Bilangan unit Rumah Selangorku yang telah disiapkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 4,302 unit. Perincian mengikut jenis adalah seperti berikut:-
No Nama Pemaju Jenis Rumah Selangorku Jumlah Unit A B C D E 1 Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. (SP Setia Berhad) DE BAYU 723 723 2 Glomac Land Sdn. Bhd. & Magic Season Sdn. Bhd. (Saujana Aman) 315 315 3 Hap Seng Land Dev. (Puchong) Sdn. Bhd. 472 472 4 Hillcrest Gardens Sdn. Bhd. 464 464 234 1,162 5 Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. (SP Setia Berhad) DE BAYU 723 723 6 Jade Homes Sdn. Bhd. (Gamuda Land Berhad) 142 72 72 428 714 7 KL-Kepong Country Homes Sdn. Bhd. 274 274 8 Seri Nova Development Sdn Bhd. 24 24 9 Sime Darby Property (Klang) Sdn. Bhd. 128 490 618 Jumlah 142 536 2,174 1,450 4,302 -
Berapakah jumlah pemohon yang masih belum berjaya mengikut pecahan jenis dan permohonan?
Jumlah keseluruhan permohonan Rumah Selangorku sehingga 15 September 2019 adalah 192,564 pemohon. Manakala jumlah pemohon yang masih aktif dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku (SPPR) bagi pemohon yang belum berjaya ditawarkan mengikut pecahan jenis Rumah Selangorku adalah seperti berikut :
PERKARA PERMOHONAN BELUM BERJAYA DITAWARKAN (SENARAI MENUNGGU YANG AKTIF)
A B C D SELANGOR 13,661 11,444 14,930 16,747 KESELURUHAN 56,782