Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
3) RUMAH-RUMAH KOSONG DAN TERBENGKALAI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap rumah-rumah kosong yang terbiar dan terbengkalai sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan sarang penagih dadah?
Bilangan rumah terbiar yang dilaporkan oleh PBT adalah sebanyak 4907 buah. Berikut adalah perincian jumlah rumah terbiar mengikut PBT masing-masing.
Kerajaan Negeri melalui PBT menjalankan penguatkuasaan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan dikeluarkan kepada pemilik/ pemunya untuk membersihkan kawasan mereka. Sekiranya ingkar notis, kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan oleh PBT dan segala kos yang terlibat akan dituntut daripada pemilik. Bagi pendekatan jangka pendek, PBT menjadikan amalan kerja membersihkan rumput dan semak samun di rumah-rumah kosong yang terbiar dan terbengkalai sebanyak dua (2) kali dalam tempoh setahun bagi mengelakkan kacaugangu di kawasan perumahan tersebut.