Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

87) RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan rumah-rumah kebajikan berdaftar dan tidak di Selangor sehingga kini?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan Pusat Jagaan NGO berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor sehingga September 2016 adalah seperti berikut:-

    BIL DAERAH BILANGAN PUSAT JAGAAN NGO BERDAFTAR BILANGAN PUSAT JAGAAN NGO TIDAK BERDAFTAR  

    JUMLAH

    1. Petaling 44 8 52
    2. Hulu Langat 33 4 37
    3. Gombak 12 10 22
    4. Klang 10 3 13
    5. Sepang 3 6 9
    6. Hulu Selangor 7 0 7
    7. Kuala Langat 2 5 7
    8. Kuala Selangor 2 0 2
    9. Sabak Bernam 2 0 2
      JUMLAH 115 36 151
  2. Memandangkan terlalu banyak rumah-rumah kebajikan yang tumbuh di Selangor ini, apakah ada kawalan yang dilakukan oleh pihak KNS? Nyatakan.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua rumah-rumah kebajikan yang ditubuhkan dan menjalankan aktiviti jagaan termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta Pusat Jagaan

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memantau pusat-pusat jagaan NGO ini. Kawalan dan pemantauan yang dilakukan adalah menerusi pelaksanaan program-program advokasi bertujuan untuk memastikan pusat jagaan yang berorientasikan kebajikan berdaftar dengan pihak Jabatan. Antara program advokasi yang telah dijalankan adalah seperti berikut: –

    1. penerangan mengenai prosedur penubuhan pusat jagaan kepada 150 orang terdiri daripada pengendali dan bakal pengendali pusat jagaan di Peninsular Park, Kuala Selangor pada 30 Ogos 2016, dan;
    2. “Kempen Jom Daftar Pusat Jagaan” yang diadakan pada 9 Oktober 2016 di TESCO

    Selain itu, program pemutihan juga turut dilaksanakan oleh pihak JKM dan dijalankan secara berterusan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada awal tahun 2016 terdapat 78 buah pusat jagaan NGO yang tidak berdaftar. Menerusi program advokasi dan pemutihan, sebanyak 42 buah pusat jagaan NGO telah berjaya didaftarkan sehingga September 2016 . Manakala baki sebanyak 36 buah pusat jagaan NGO masih belum dapat didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

    Pada masa yang sama, pemantauan dari semasa ke semasa ke atas semua

    115 buah Pusat Jagaan NGO yang ada di dalam senarai Jabatan juga dilaksanakan oleh Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) Pusat Jagaan JKM .

  3. Peratusan bilangan diputihkan tahunan hasil dari penguatkuasaan yang dilakukan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 54% telah berjaya didaftarkan pusat jagaan NGO sehingga September 2016 hasil daripada program pemutihan dan advokasi yang yang

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    • Pecahan 36 pusat jagaan NGO yang tidak berdaftar
    • 19 buah pusat jagaan mempunyai masalah berkaitan status tanah dan bangunan;
    • 4 buah Pusat Jagaan sedang dalam proses melengkapkan dokumen pendaftaran dengan pihak Jabatan; dan

    13 buah Pusat Jagaan dikesan tiada sebarang tindakan pendaftaran diambil oleh pengendali. Bagi 13 buah pusat jagaan ini, proses advokasi akan diteruskan dan sekiranya masih terus tiada tindakan, maka tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta Pusat Jagaan 1993

Lampiran

Tiada Lampiran.