Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
175) RUMAH-RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar dan tidak di Negeri Selangor mengikut daerah-daerah
Mengikut statistik terkini, sebanyak 2,510 buah rumah ibadat telah dibina secara keseluruhannya. Bagi kuil, tokong, gereja ianya berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor. Mana kala bagi masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor. Walau bagaimanapun, bagi rumah-rumah ibadat yang tidak berdaftar, Kerajaan Negeri masih lagi mengumpul maklumat bancian rumah-rumah ibadat selain Islam dari Pejabat Tanah dan daerah serta PBT. Berikut adalah pecahan rumah-rumah ibadat tersebut mengikut komposisi agama.
BIL
DAERAH
TOKONG
KUIL
GEREJA
MASJID
SURAU
1. Petaling 22 20 22 71 381 2. Kuala Langat 8 4 1 33 130 3. Klang 55 13 9 40 232 4. Hulu Langat 19 2 2 45 356 5. Gombak 11 3 1 38 212 6. Sabak Bernam 19 – – 47 221 7. Kuala Selangor 10 5 – 51 158 8. Hulu Selangor 3 7 – 23 132 9. Sepang 2 4 1 22 73 JUMLAH
149
60
36
370
1895
-
Adakah Negeri Selangor menyediakan garis panduan pembinaan rumah ibadat agar ianya lebih terancang.
Kerajaan negeri telah menyediakan garis panduan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat selain Islam di Negeri Selangor. Garis panduan tersebut juga telah dikaji dan dipinda untuk penambahbaikan setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Selain itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) turut menyediakan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat selain Islam yang lebih komprehensif untuk memastikan ia lebih terancang dan harmoni kepada masyarakat.