Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
143) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, kuil , tokong dan gereja?
Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menyediakan langkah-langkah yang khusus
bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, kuil, tokong
dan gereja. Keselamatan rumah-rumah ibadat adalah di bawah tanggungjawab
pengurusan dan ahli jawatankuasa rumah ibadat berkenaan. -
Berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat tersebut?
Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menyediakan peruntukan khusus untuk
menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat tersebut. Peruntukan rumah-rumah
ibadat bukan Islam adalah untuk tujuan baik pulih bangunan sedia ada, pendidikan
keagamaan dan sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang
dirobohkan. -
Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat di Negeri Selangor yang telah menerima atau ditimpa ancaman keganasan, kebakaran dan kerosakan dari segi fizikal
Buat masa ini kerajaan Negeri masih belum mempunyai statistik khusus bagi rumahrumah ibadat yang ditimpa bencana memandangkan hal ehwal pengurusan dan
pentadbiran rumah-rumah ibadat tersebut adalah di bawah tanggungjawab
jawatankuasa rumah ibadat yang terlibat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat
rumah-rumah ibadat yang ditimpa bencana, kerajaan negeri sedia
mempertimbangkan bantuan bagi membantu rumah-rumah ibadat tersebut.