Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

121) RUMAH RETAK DI BUKIT MEWAH KAJANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Rumah retak di Jalan 20 dan 21 Bukit Mewah Kajang yang pada awalnya (1995) hanya beberapa buah kini melibatkan sebanyak 20 rumah masih tidak dapat diselesaikan. Apakah halangan bagi memperbaiki rumah-rumah yang rentak itu?

    Halangan bagi memperbaiki rumah-rumah tersebut adalah disebabkan oleh kos pembaikan
    rumah termasuk cerun yang berbahaya adalah melibatkan kos yang tinggi, iaitu dianggarkan
    sebanyak RM 4,450,000.00.

  2. Mengapakah tawaran Syarikat Cekap Corporation untuk membaiki rumah-rumah retak itu tidak dapat diterima?

    Syarikat Cekap Corporation Sdn. Bhd. telah mencadangkan penubuhan Dana Bencana Alam
    Taman Bukit Mewah (TBM) Fasa 1 bagi tujuan pembaikan rumah, di mana wang dana tersebut
    diperolehi daripada cadangan projek pemaju yang dikontra iaitu:-
    i) Pengecualian syarat 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan
    10% rumah kos sederhana di atas Lot Lot 1058 & 1059, Mukim Cheras, Daerah Hulu
    Langat.
    ii) Pengecualian syarat 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan
    10% rumah kos sederhana di atas Lot 42149, Seksyen 9, Bandar Kajang, Daerah Hulu
    Langat, & 1059, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat.
    iii) Pengecualian syarat 30% rumah kos rendah di atas Lot 26791 (sebahagian Lot 5281),
    Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, (Pelangi Semenyih)
    Berdasarkan keputusan MMKN pada 18 Disember 2007 telah meluluskan pengecualian 20%
    rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos sederhana kepada
    Tetuan Stand Allied Corporatioan Sdn. Bhd (milik Metro Kajang) di atas Lot 1058 dan 1059,
    Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat dengan dikenakan sumbangan caruman sejumlah RM
    3,166,000.00. Maka pihak pemaju boleh meneruskan kerja-kerja pembaikan cerun dan
    keretakan dan Taman Bukit Mewah Fasa 1, Walau bagaimanapun pihak pemaju tersebut tidak
    bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri tersebut.

  3. Apakah rancangan Kerajaan bagi memulihkan perumahan retak berkenaan?

    Kerajaan Negeri telah melantik Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. bagi menjalankan kajian semula
    secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca-punca kejadian tersebut berlaku dan
    mengemukakan cadangan pembaikan yang komprehensif, kajian ini mengambil masa selama 6
    bulan dan kos kajian sebanyak RM 644,908.64 akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.