Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
72) RUMAH REHAT SRI BERKAT DI BUKIT FRASER
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Fraser yang dilakukan oleh pihak JKR.
JKR
Kerja- kerja pembaikan telah siap dilaksanakan sepenuhnya pada 13 Oktober 2022 dengan tempoh Tempoh Tanggungan Kecacatan (TTK) telahpun berakhir pada 12 Oktober 2023.
Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Audit Kerajaan Negeri Selangor Bil. 2/2023 yang dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri pada 4 Julai 2023, Rumah Rehat Sri Berkat akan diletakkan di bawah pentadbiran pihak Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), SUK Negeri Selangor.
TSSB
Kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Fraser (RRSB) masih di bawah tanggungjawab pihak JKR Selangor. Satu mesyuarat Jawatankuasa Audit Kerajaan Negeri telah diadakan pada 12 Januari 2023 telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Melalui mesyuarat tersebut, pihak JKR diminta untuk menilai semula kos membaikpulih RRSB bagi kerja-kerja yang tidak termasuk dalam senarai kerja-kerja baikpulih yang terdahulu. Selain itu, pihak JKR turut dimohon untuk menyediakan anggaran kos seperti berikut:
- Menyediakan anggaran kos baikpulih bilik No.5 (yang tidak termasuk dalam kos baikpulih terdahulu);
- Menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja baikpulih lain seperti membaikpulih kecacatan dan kerja-kerja yang tidak termasuk dalam senarai kerja-kerja terdahulu; dan
- Memaklumkan baki perbelanjaan dari kerja-kerja menaiktaraf yang telah dilaksanakan.
Pihak JKR telah membuat penilaian anggaran kos awalan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih bilik No.5 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 281,924.00.
Bagi tambahan kerja-kerja yang tidak dilaksanakan dan juga kecacatan daripada baikpulih yang dijalankan (tidak termasuk bilik No. 5), anggaran kos dari pihak JKR adalah seperti berikut:
BIL. PERKARA ANGGARAN KOS (RM)
1. Kerja Awalan 10,000.00 2. Kerja Baik pulih Bangunan 227,120.53 3. Kerja Baikpulih Elektrik 32,600.00 4. Kerja Baikpulih Mekanikal 180,000.00 JUMLAH TAMBAHAN KOS RM 449,720.53 -
Nyatakan jumlah bangunan termasuk bilik dalam Rumah Rehat Sri Berkat.
Rumah Rehat Sri Berkat ini hanya mempunyai satu (1) bangunan dua (2) tingkat. Keseluruhan Rumah Seri Berkat mempunyai 9 buah bilik yang merangkumi 5 bilik di tingkat bawah dan 4 bilik di tingkat atas.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewartakan Rumah Rehat Sri Berkat sebagai bangunan warisan negara memandangkan ia merupakan bangunan
berusia lebih kurang 100 tahun dan boleh dikatakan antara bangunan bersejarah yang unik serta bercirikan seni bina Inggeris? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
* ketiga-tiga soalan ini pernah ditanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023 tapi tidak dapat jawapanRumah Rehat Seri Berkat telah dibina pada tahun 1926 dan kini berumur 97 tahun. Bagi mewartakan rumah ini sebagai bangunan warisan, ianya perlu memenuhi syarat-syarat Pewartaan Bangunan Warisan yang dikendalikan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN). Mengikut perundangan Warisan Negara, Bangunan Rumah Rehat Sri Berkat masih belum boleh diwartakan sebagai bangunan warisan negara kerana belum mencapai usia matang (100 tahun) untuk dipertimbangkan bagi tujuan ini.